Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Tharman beri penghormatan pada visi, legasi mendiang Lee


Sep 18, 2023 | 12:42 PM



Presiden Tharman Shanmugaratnam memberi penghormatan kepada visi dan legasi mendiang Encik Lee Kuan Yew pada Ahad, sehari selepas ulang tahun ke-100 kelahiran mendiang.

Perdana Menteri Pengasas Singapura itu meninggal dunia pada 2015 pada usia 91 tahun.

Dalam satu hantaran di Facebook mengenangkan petikan daripada mendiang Lee, Encik Tharman berkata:

“Saya tidak pernah lupa ungkapan kata-kata beliau kira-kira 40 tahun lalu – bahawa kita harus bersikap realistik tentang kemungkinan yang dapat dicapai, tetapi tidak boleh hanya berpegang pada sikap ini semata-mata.

“Anda mesti mampu terbang tinggi melepasi realiti dan berkata ‘ini juga mungkin boleh’.”

Encik Tharman berkata beliau merenungkan kata-kata Encik Lee semasa melawat pameran mengenai kehidupan mendiang Lee di Pasir Panjang bertajuk Now Is Not The Time, pada Ahad.


“Sesiapa sahaja yang mendengar mendiang Lee Kuan Yew – termasuk generasi muda Singapura yang tidak membesar menonton dan mendengarnya tetapi boleh menontonnya dalam filem – dapat berasakan kemahuan, keyakinan dan imaginasi untuk mengubah Singapura,” katanya.

Rakyat Singapura mesti terdorong untuk “membina masa depan yang berbeza dan lebih baik” apabila melihat beberapa pameran, yang menggunakan AI atau kecerdasan buatan untuk mencipta semula masa lalu dan membayangkan masa depan yang baru, ujar Encik Tharman.

“Kita mesti wujudkan kepelbagaian budaya yang lebih mendalam dan tempat yang membakar semangat setiap rakyat Singapura,” tambahnya.

Pada Sabtu, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, melawat kawasan pemuliharaan Blair Plain di Tanjong Pagar, tempat bapanya, mendiang Lee, berkhidmat sebagai Anggota Parlimen selama hampir 60 tahun.

Dalam hantaran di Facebook, Encik Lee berkata: “Bersiar-siar di sekitar kawasan pemuliharaan Blair Plain membawa nostalgia kerana kenangan tentang beliau (mendiang Lee) yang dihargai dan diraikan masyarakat.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >