Presiden Tony Tan, PM Lee kirim surat takziah kepada Presiden Widodo atas gempa Aceh

PRESIDEN Dr Tony Tan Keng Yam dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengirim ucapan takziah bagi gempa bumi Aceh kepada Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo.

Sekurang-kurangnya 97 orang terbunuh dalam gempa sekuat 6.5 pada skala Richter itu, yang melanda Pidie Jaya di Aceh pada pagi Rabu (7 Dis).

"Ingatan dan doa kami bersama rakyat Indonesia dalam tempoh sukar ini," kata Dr Tony Tan dalam surat beliau.

Encik Lee, yang berkata beliau sedih akan kehilangan nyawa yang menyedihkan dan kerosakan meluas, menawarkan bantuan.

"Singapura sentiasa bersedia membantu Indonesia dalam apa jua cara yang kami boleh," kata beliau.

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:13
Isyak
8:29
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.