KEKERAPAN kereta api bagi Laluan Utara-Selatan (NSL) dan Laluan Circle (CCL) bertambah baik sementara prestasi bagi Laluan Timur-Barat (EWL) pula kekal stabil dalam tempoh setahun sehingga suku pertama tahun ini, kata pengendali kereta api SMRT.
Namun, SMRT menjangkakan kekerapan kereta api bagi EWL itu meningkat dengan kerja peningkatan yang sedang dijalankan di laluan MRT tersebut, termasuk menggantikan sistem isyarat dan sistem rel kuasanya.