Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Produk jenama sendiri di NTUC FairPrice setanding yang lain

Apr 22, 2022 | 05:30 AM



JENAMA sendiri (housebrand) FairPrice yang dijual khas di NTUC FairPrice bukan sahaja berharga lebih rendah, malah mutunya setanding jenama lain yang lebih dikenali.



Buat masa ini terdapat pelbagai jenis produk jenama sendiri yang dilancarkan FairPrice Housebrand, termasuk bagi barangan keperluan harian, barangan isi rumah, bahan pembersih rumah dan produk beku.



Secara purata, harga produk FairPrice Housebrand adalah 10 hingga 15 peratus lebih rendah.



Menurut jurucakap FairPrice, sembilan daripada 10 pengguna yang menyertai tinjauan untuk menguji produk-produk tersebut berkata mereka menyukai produk yang dicuba.



Malah, kumpulan pengguna itu, yang menyertai tinjauan di laman tryandreview.com berkata harga bagi produk FairPrice Housebrand berpatutan dan adalah berbaloi membelinya.



Seorang pengguna, yang menggunakan nama Windhiya berkata:



"Saya tambah susu ke dalam campuran pankek dan saya mendapati rasa susunya juga tidak terlalu manis."



Pengguna yang ingin dikenali sebagai Pragchatty, 37 tahun pula berkata tepung yang digunakannya amat baik.



"Saya membuat poket piza menggunakannya dan saya tidak perlu menambah sebarang agen penaik. Roti yang saya hasilkan gebu dan amat lembut," kata beliau.



Semua produk FairPrice Housebrand menjalani pemeriksaan yang ketat bagi memenuhi piawaian dari segi mutu, keselamatan dan undang-undang.



Sehingga 5 Jun ini, nantikan promosi menarik hingga 50 peratus diskaun semasa jerayawara FairPrice Housebrand di 32 pasar raya di seluruh negara.



Tambahan pula, jika anda berbelanja sebanyak $15 nilai produk FairPrice Housebrand, anda akan mendapat cecair sabun baju Color Care FairPrice, sebesar 1.8 liter, bernilai $3 secara percuma.



Dapatkannya sementara stok masih ada, tertaluk pada terma dan syarat.



Butiran lanjut di laman di www.fairprice.com.sg/events/in-store/fairprice-housebrand-roadshow.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >