Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Produk kuih, buah campuran ditarik balik, guna bahan tidak diisytihar

Jul 28, 2022 | 05:30 AM



PRODUK kuih tertentu daripada sembilan pengeluar setempat serta kek 'Best One' Assorted Cake (perisa pisang) dan pek buah-buahan campur Bake King telah ditarik balik disebabkan penggunaan bahan tambahan yang tidak sesuai atau diisytihar dalam produk ini.



Langkah penarikan balik itu melibatkan produk kuih seperti kuih lapis, kuih ubi dan onde-onde dari Toh Chuan Kee Foodstuff, Tongli Food Manufacturing, AMK Nonya Kueh, Chit Guan Foodstuff, Delight Baker, Thomson Foodstuff Manufacturing, Sin Hwa Coconuts Industrial, Tiong Bahru Tian Bo Shui Kueh dan Lim Food Industries.



Menurut kenyataan Agensi Makanan Singapura (SFA) semalam, mereka telah menggantung penghasilan, pengagihan dan penjualan produk kuih berkenaan oleh pengeluar ini sejak 26 Julai.



Produk kuih itu mengandungi tahap tinggi asid benzoik dan asid sorbik yang hanya boleh digunakan bagi isi produk kuih itu serta tidak boleh melebihi had yang dibenarkan.



SFA turut mendapati asid sorbik dalam kek 'Best One' Assorted Cake (perisa pisang) yang melebihi had maksimum seperti yang ditetapkan dalam Peraturan Makanan Singapura, serta sulfur dioksida - alergen yang tidak diisytihar - dalam pek buah-buahan campur Bake King.



Sementara asid benzoik dan asid sorbik merupakan bahan tambahan biasa yang selamat sekiranya digunakan dalam jumlah kecil, SFA berkata kajian melibatkan haiwan yang diberi jumlah asid benzoik yang tinggi menunjukkan kerosakan pada sistem saraf pusat serta perubahan kepada otak mereka.



Haiwan yang diberi jumlah asid sorbik yang tinggi juga menunjukkan kesan seperti pertumbuhan yang berkurangan.



Sementara itu, tahap sulfur dioksida yang berlebihan dalam makanan boleh menyebabkan reaksi alahan dalam kalangan mereka yang terlalu sensitif kepada bahan sulfit.



Gejala yang boleh mereka alami termasuk gatal-gatal, sakit perut, cirit-birit dan muntah.



SFA berkata pengguna yang telah makan produk berkenaan dan mempunyai keprihatinan tentang kesihatan mereka harus mendapatkan nasihat perubatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >