Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Produk sos pasta Prego rosak, ditarik balik

Dec 23, 2022 | 05:30 AM



SEKUMPULAN Sos Pasta Carbonara Cendawan jenama Prego dari Malaysia telah dikenal pasti sebagai tidak sesuai untuk dimakan.



Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengarahkan pengimportnya untuk menarik balik produk tersebut.



Dalam satu kenyataan semalam, SFA berkata ia telah dimaklumkan oleh The Arnott's Group bahawa mereka telah mengesan kerosakan disebabkan kesilapan perkilangan dalam sekumpulan produk itu yang beratnya 665 gram.



Menurut SFA, produk yang terjejas dihasilkan pada 17 Ogos lalu antara 10.18 malam dengan 11.20 malam. Tarikh luputnya pula adalah 17 Ogos 2023.



Maklumat ini boleh didapati di penutup botol produk tersebut.



Produk yang terjejas itu mungkin menunjukkan tanda-tanda kerosakan seperti bau yang tidak menyenangkan, warna yang luar biasa, kandungan yang berair dan lapisan cecair yang terpisah.



Penarikan balik produk itu dilakukan oleh pengimport, Campbell Soup Southeast Asia Sdn. Bhd (Cawangan Singapura), sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >