Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Profesor Ying antara diiktiraf Anugerah Raja Faisal bagi bidang sains

Jan 06, 2023 | 05:30 AM



FELO Kanan Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), Profesor Jackie Yi-ru Ying, telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Raja Faisal dalam bidang sains tahun ini, bersama seorang lagi saintis wanita dari Britain.



Profesor Ying, yang juga Pengarah di NanoBio Lab (A*Star), mendapat pengiktirafan itu menyusuli kerjanya dalam bidang teknologi nano, termasuk pembangunan teknologi bagi penghasilan insulin secara automatik dalam kalangan pesakit kencing manis.



Anugerah Raja Faizal, yang ditubuhkan pada 1979, bertujuan mengiktiraf pengamal dalam pelbagai bidang atas sumbangan mereka kepada kemanusiaan.



Kepakaran Profesor Ying adalah dalam gabungan pelbagai bahan serta sistem nano yang maju dan aplikasinya sebagai pemangkin dalam penukaran tenaga dan bioperubatan.



Ciptaan beliau digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai bidang perubatan, kimia dan tenaga.



Di antaranya ialah perkembangan partikel nano polimerik yang responsif terhadap stimuli yang telah menghasilkan teknologi yang membolehkan penghasilan insulin secara automatik.



Pada Februari 2021, Profesor Ying menjadi saintis pertama dipilih sebagai anggota Akademi Kejuruteraan Nasional (NAE) Amerika Syarikat berdasarkan penyelidikannya di Singapura.



Beliau juga mempunyai lebih 180 paten utama dan aplikasi paten di mana 32 daripadanya telah dilesenkan kepada syarikat berbilang negara serta firma pemula untuk pelbagai aplikasi di antaranya dalam bidang perubatan nano, kejuruteraan sel dan tisu, implan perubatan, biosensor, peranti perubatan dan lain-lain lagi.



Kerja Profesor Ying telah membawa kepada penubuhan enam syarikat yang berjaya.



Seorang lagi ahli sains wanita yang menerima anugerah itu ialah Pengerusi Vaksinologi di Jabatan Perubatan Nuffield, Universiti Oxford, Profesor Sarah Gilbert, dari Britain.



Di antara sumbangan beliau adalah dalam penghasilan vaksin Oxford-AstraZeneca Covid-19, yang telah digunakan di lebih 180 negara dan telah menyelamatkan berbilion nyawa.



Vaksin itu, yang berkesan dan murah, telah dihasilkan dalam masa 10 bulan dengan menggunakan pendekatan baru.



Beliau menggunakan cara berbeza daripada kaedah vaksin tradisional yang menggunakan bentuk jangkitan asal yang lemah dan memerlukan masa yang lama untuk berkembang dalam tubuh manusia.



Dr Gilbert melakukannya dengan mengubah suai secara genetik versi lemah virus biasa yang menyebabkan selesema pada haiwan cimpanzi untuk disuntik dalam manusia tanpa menyebabkan jangkitan.



Virus yang diubah suai itu menjadi intipati vaksin yang dibangunkan oleh Dr Gilbert terhadap koronavirus.



Teknologi vaksin inovatif sedemikian juga turut diaplikasikan oleh beliau kepada jangkitan Malaria, Ebola, Influenza dan MERS, dengan ujian klinikal vaksin yang terakhir ini berlaku di Britain dan Arab Saudi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >