DEMI menguruskan bilangan anjing terbiar di Singapura dengan lebih baik, Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) akan melancarkan program pemandulan lima tahun bermula tahun depan.
AVA berkata ia akan bekerjasama dengan kumpulan kebajikan haiwan dan doktor haiwan dalam program baru - Perangkap-Kembiri-Lepaskan-Uruskan yang dirancang dimulakan pada separuh kedua 2018.