PERSATUAN Pembantu Rumah bagi Sokongan Sosial dan Latihan (FAST) dengan kerjasama Care Advisor Recruitment Enterprise Pte Ltd (CARE) melancarkan program membantu pembantu rumah sebagai pakar dalam bidang penjagaan orang tua.
Program yang akan bermula 10 Julai itu merangkumi 45 sesi pada setiap Ahad. Sejauh ini, ia telah mendapat lebih 70 pendaftaran daripada pembantu rumah.