Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program bantuan baru bagi golongan kurang mampu di CDC North West

Dec 11, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Pembangunan Masyarakat (CDC) North West baru-baru ini melancarkan versi program bantuannya yang dipertingkatkan, WeCare @ North West Service Weeks+.



Program tersebut bertujuan untuk membantu membiayai peningkatan kos sara hidup dan perbelanjaan isi rumah bagi penduduk yang memerlukan.



Rakan kongsi korporat CDC, agensi perkhidmatan sosial (SSA), pertubuhan akar umbi (GRO) dan sukarelawan bekerjasama untuk mengedarkan barangan makanan kepada penduduk yang memerlukan di kawasan tersebut.



Kempen itu, yang berlangsung selama enam minggu, dilancarkan di Taman Limbang semalam dan diserikan oleh tetamu terhormat, Timbalan Perdana Menteri dan Penasihat Pertubuhan Akar Umbi GRC Marsiling-Yew Tee (Limbang), Encik Lawrence Wong.



Encik Wong disertai oleh Mayor CDC North West, Encik Alex Yam.



"Program baru oleh CDC North West ini memberikan sokongan segera dan disesuaikan kepada lebih ramai penduduk yang terdedah.



Saya gembira para penduduk akan menerima bantuan makanan tetap sepanjang tahun untuk mengurangkan perbelanjaan isi rumah mereka," kata Encik Wong.



Pada tahun-tahun lepas, program itu dijalankan setahun sekali, di mana sukarelawan dan rakan kongsi korporat akan pergi dari rumah ke rumah dan mengedarkan pek penjagaan yang mengandungi pelbagai bahan makanan kepada penduduk.



Untuk edisi kesepuluh tahun ini, program tersebut telah dipertingkatkan untuk menjadi lebih fleksibel dan memberikan bantuan yang lebih kerap kepada lebih ramai penduduk.



Ia akan dijalankan setiap empat bulan dan bertujuan memanfaatkan lebih 7,300 isi rumah di daerah North West, termasuk penduduk di bawah Skim Sewa Awam dan pelbagai skim kebajikan tempatan.



"Kenaikan kos sara hidup telah membimbangkan ramai, terutamanya kepada penduduk kita yang berpendapatan rendah.



"Selepas menerima maklum balas daripada penduduk dan GRO, kami telah memutuskan untuk mempertingkatkan Service Weeks.



"Tanda "+" dalam Service Weeks+ menunjukkan komitmen kami untuk membantu lebih ramai penduduk, dengan lebih kerap, dan membolehi penduduk memilih bahan makanan," kata Encik Yam.



Penduduk boleh menyesuaikan pek penjagaan mereka sama ada dengan memilih daripada borang dalam talian, atau dengan memilih sendiri bahan makanan di pasaran pop timbul pada hari pengedaran.



Dengan menawarkan penduduk pilihan barangan makanan, ia memastikan mereka menerima barangan yang mereka suka dan perlukan, di samping mengurangkan pembaziran makanan.



Setiap pek penjagaan mengandungi lebih kurang $50 nilai barangan makanan dan ia dibiayai oleh rakan kongsi korporat North West CDC.



Selepas pelancarannya pada 10 Disember, pasaran timbul akan terus berjalan sehingga 15 Januari 2023 merentasi 14 Divisyen North West, dan akan memulakan pengedaran seterusnya pada April 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >