Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program berasas masyarakat sokong belia hadapi isu kesihatan mental

Program Cabaran Presiden-Institut Kesihatan Mental sasarkan belia berusia 13 hingga 19 tahun
Mar 16, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH program berasaskan masyarakat baru untuk menyokong belia yang mengalami keadaan kesihatan mental dengan lebih baik dan membawa penjagaan lebih dekat kepada rumah mereka dilancarkan semalam oleh Presiden Halimah Yacob.



Program Cabaran Presiden-Institut Kesihatan Mental (IMH) yang diberi nama SYiNC (Menyokong Belia dalam Masyarakat) itu menyasarkan belia berusia 13 tahun hingga 19 tahun yang mendapatkan bantuan di IMH, namun tidak dimasukkan ke IMH tetapi masih memerlukan sokongan masyarakat.



Ia juga akan menangani belia yang sudah keluar dari wad psikiatri atau sedang membuat susulan di klinik pakar.



Ini, menurut Puan Halimah, menyusuli kesan pandemik ke atas keadaan kesihatan mental belia.



Menukil perangkaan, beliau berkata sepanjang 2015 hingga 2020, jumlah remaja yang ke IMH kerana kemurungan meningkat sebanyak kira-kira 60 peratus. Dalam pada itu, lebih ramai pelajar juga menghadapi isu berkaitan stres.



"Program Cabaran Presiden-IMH akan berfungsi sebagai jambatan penting antara rawatan di hospital dan penjagaan di rumah bagi belia yang mempunyai isu kesihatan mental," kata Puan Halimah di SPACE @ Our Tampines Hub.



Dibiayai Cabaran Presiden dengan sumbangan dari Ngee Ann Kongsi serta Raffles Medical Group, program itu akan menyaksikan IMH melakarkan dan menyediakan latihan bagi agensi perkhidmatan sosial untuk melengkapi mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk menangani kes belia yang dirujuk dari IMH.



Empat agensi perkhidmatan sosial yang telah menyertai program perintis itu ialah Club HEAL, Persatuan Kesihatan Mental Singapura (SAMH), Persatuan Kanak-Kanak Singapura, dan Khidmat Masyarakat TOUCH.



Agensi tersebut akan mula merekrut profesional kesihatan bersekutu seperti pekerja sosial, kaunselor, ahli psikologi atau pekerja kes.



Latihan akan dijalankan dari bulan depan hingga Disember ini dan IMH akan mula merujuk kes kepada agensi perkhidmatan sosial mulai Januari tahun depan.



"Saya yakin program Cabaran Presiden-IMH akan bantu mempertingkat keupayaan sektor sosial dan menyediakan sokongan dan campur tangan penting kepada belia kita dalam sekitaran yang dikenali.



"Dengan meletakkan penjagaan kesihatan mental dalam masyarakat, program Cabaran Presiden-IMH juga membantu menangani isu sosial yang dihadapi belia dan keluarga mereka secara holistik," kata Puan Halimah, sambil menggesa agensi perkhidmatan sosial lain untuk turut serta.



Sejajar dengan langkah menggalakkan kesejahteraan mental belia, Puan Halimah merasmikan pelancaran pameran gambar maya, Curiography, dan memuji usaha SAMH.



Anjuran persatuan tersebut, pameran itu mengetengahkan karya visual 13 belia berusia 15 tahun hingga 30 tahun yang menghadapi cabaran kesihatan mental.



Antara peserta yang mengambil bahagian ialah Cik Sabrina (bukan nama sebenar), yang mengalami keresahan sosial, atau 'social anxiety'.



Beliau telah menghasilkan petikan gambar yang menunjukkan lebah di atas motosikal - kedua-duanya dalam bentuk mainan.



"Setelah menghasilkan gambar tersebut, saya rasa ia serba sedikit membantu meringankan rasa kegelisahan saya serta memberi saya kepuasan diri apabila berjaya menghasilkan gambaran ini," ujar gadis berusia 20 tahun itu.



Menurut pemimpin projek Curiography, Encik Muhammad Syazwan Mohamed Suhri, 32 tahun, projek itu melibatkan peserta menggunakan sifat ingin tahu untuk meneroka kegiatan, tempat dan perkara baru.



Dengan itu, diharapkan agar peserta bersikap terbuka kepada perspektif yang pelbagai dalam kehidupan, lantas meningkatkan kesejahteraan mental, kata beliau, yang juga pekerja kes di SAMH SAY-IT!.



Orang ramai boleh menyaksikan pameran tersebut di laman https://tinyurl.com/Curiography2022 hingga 31 Mac.




"Saya yakin program Program Cabaran Presiden-IMH akan bantu mempertingkat keupayaan sektor sosial dan menyediakan sokongan dan campur tangan penting kepada belia kita dalam sekitaran yang dikenali.

Dengan meletakkan penjagaan kesihatan mental dalam masyarakat, program Cabaran Presiden-IMH juga membantu menangani isu sosial yang dihadapi belia dan keluarga mereka secara holistik."

- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >