Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program Bersamamu perlu bantu pasangan harungi cabaran semasa

Faishal: Selain pasti kandungan kekal relevan, program itu akan tumpu kepada usaha pupuk lebih ramai relawan sebagai pelapis sokongan
Apr 05, 2023 | 05:30 AM



PROGRAM Bersamamu harus terus memastikan kandungannya kekal relevan untuk pasangan hari ini serta menangani cabaran mereka mengikut peredaran masa, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Program itu yang memasuki tahun keempat, juga akan menumpukan kepada usaha memupuk lebih ramai sukarelawan sebagai lapisan sokongan seterusnya untuk pasangan di bawah Program Latihan Responder Pertama Perkahwinan (MFR).



Bercakap mengenai rancangan untuk terus menyegarkan program itu dalam podcast #NoTapis baru-baru ini, Dr Faishal berkata sedang kadar perkahwinan dan pembubaran perkahwinan kekal stabil sepanjang lima tahun, sokongan untuk pasangan perlu terus diperkukuhkan.



Ini termasuk memastikan program Bersamamu - yang mendampingi pasangan Islam daripada sebelum pernikahan hingga ke dua tahun pertama perkahwinan - diperkukuhkan lagi dari segi keupayaan Kadi yang mengemudikan program dan isi kandungannya.



Menjelaskan berkenaan rancangan selanjutnya, Dr Faishal berkata:



"Pertama, apa yang kita tawarkan di bawah program ini, atau apa yang kita nak tonjolkan harus relevan kepada para mempelai dan cabaran yang mereka menghadapi.



"Jadi kita beruntung ada Kadi dan Naib Kadi yang mempunyai profil yang berlainan. Ada yang muda dan ada yang lebih berpengalaman, maka kita boleh mengikuti cita rasa mempelai.



"Selain itu, latihan yang kita sediakan untuk Naib Kadi, harus juga padat dan memenuhi keperluan."



Sejauh ini program Bersamamu, yang diperkenalkan pada 2019, sudah membantu lebih 20,500 pasangan.



Program tersebut merupakan antara inisiatif di bawah Bidang Tumpuan 1 (FA1) M Kuasa Tiga (M³) - iaitu untuk menyokong perkahwinan, keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak.



Satu lagi keutamaan yang akan ditumpukan ialah memastikan lapisan sokongan seterusnya yang mantap di bawah program MFR.



Inisiatif itu adalah satu usaha bagi memperkukuh program Bersamamu, yang antara lain melatih sukarelawan seperti ketua masjid, agama dan masyarakat memberi nasihat dan bantuan perkahwinan asas kepada pasangan yang hadapi masalah rumah tangga.



"Ini adalah sokongan di peringkat masyarakat. Sejauh ini sudah 300 sukarelawan dilatih di bawah MFR.



"Saya boleh jangkakan kita akan melatih lebih ramai sukarelawan kerana kalau kita perhatikan, jika mempelai menghadapi cabaran mungkin mereka akan meminta sokongan, pertolongan atau nasihat daripada kadi atau golongan yang mereka rasa selesa, ahli keluarga dan di kejiranan mereka.



"Jadi kami ingin memberikan ruang untuk masyarakat kita dilatih dalam hal ini," ujar Dr Faishal.



Ditanya mengenai latihan yang disediakan untuk Kadi dan Naib Kadi dalam program Bersamamu, beliau berkata golongan itu umumnya dibahagikan kepada dua laluan latihan iaitu laluan umum, yang mempunyai kecekapan lebih umum; dan laluan khusus, yang mempunyai kepakaran dalam aspek tertentu.



Langkah seterusnya, menurut Dr Faishal, ialah untuk membangunkan aspek kepakaran dalam kalangan Kadi dan Naib Kadi.



"Kalau kita lihat, mereka kaya dengan pengalaman dan mempunyai pengalaman yang mendalam. Ini amat berharga.



"Jadi bagaimanakah kita boleh mempelajari dari mereka dan terus membangunkan lagi masyarakat yang mengamal dan membawanya ke tahap yang lebih tinggi."



Laporan lanjut: Proses daftar kahwin, cerai lebih mudah satu keprihatinan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >