Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program berstruktur libatkan kaunseling wajib, tempat tinggal sementara diusul bagi pelaku keganasan keluarga

Sep 24, 2021 | 05:30 AM



PROGRAM berstruktur yang melibatkan kaunseling wajib dan sekatan pergerakan bagi pelaku keganasan keluarga yang berisiko tinggi serta tempat tinggal sementara bagi individu ini merupakan antara saranan untuk mengatasi keganasan dalam keluarga.



Membentangkan saranan itu, Pasukan Bertindak Keganasan Keluarga berkata dalam jangka panjang, pemerintah patut mengkaji kebolehlaksanaan program pemulihan kediaman berstruktur yang diperintahkan oleh mahkamah bagi pelaku berisiko tinggi.



Ini boleh dilakukan dengan kaunseling wajib dan sekatan pergerakan melalui perintah berkurung atau 'tagging'.



Pasukan bertindak itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Pasukan itu berkata saranan tersebut bertujuan memastikan pelaku dipisahkan secara fizikal daripada mangsa dan pelaku melalui program pemulihan yang dapat membantu menangani tingkah laku mereka dalam keadaan yang lebih kondusif.



Proses tersebut diharap dapat membantu mencegah keganasan yang berulang oleh pelaku di masa depan dan menyatukan semula keluarga tersebut dalam keadaan yang lebih baik, tekan pasukan bertindak itu.



"Buat masa ini, MSF (Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga) mempunyai tempat perlindungan peralihan tetapi ia lebih bersifat umum.



"Bagi pelaku keganasan keluarga, terutama mereka yang mempunyai perintah perlindungan peribadi (PPO) terhadap mereka, bagi sebilangan mereka yang mungkin mempunyai beberapa masalah kesihatan mental atau masalah lain, mungkin ada keperluan untuk program yang lebih tersusun bagi mereka daripada hanya memberikan tempat tinggal sementara," kata Cik Sun.



Namun, beliau akur ini merupakan konsep yang baru dan lebih banyak perbincangan dengan rakan kerja masyarakat serta pusat pakar keganasan keluarga diperlukan.



Saranan lain yang diberikan termasuk memudahkan mangsa menerima bantuan segera dengan melengkapkan para pegawai barisan hadapan dengan kemahiran yang diperlukan untuk menangani isu keganasan keluarga.



Menyentuh hal tersebut, Dr Faishal berkata pegawai polis hari ini sudah pun menerima latihan empati mangsa, namun latihan lebih tertumpu pada keganasan keluarga mungkin boleh diadakan juga.



"Kita mahu meneroka aspek-aspek latihan seperti menjalankan latihan bersama institut perkhidmatan sosial untuk memberi pegawai polis kefahaman dan kesedaran tentang landskap keganasan keluarga dan bagaimana mereka boleh mendekati mangsa dan pelaku untuk memberi sokongan, selain menolong kedua-dua pihak ini serta ahli keluarga mereka supaya mereka boleh menjalani proses pemulihan bersama dan terus mengukuhkan keluarga," katanya.




"Saya gembira mendapat tahu ramai rakan masyarakat, agensi dan individu amat prihatin tentang usaha menangani keganasan keluarga dan telah menyumbang kepada laporan ini.

Saya menantikan peningkatan yang akan dilakukan dalam landskap keganasan keluarga.

Tiada tempat bagi keganasan, penderaan atau pengabaian di Singapura.

Marilah kita terus saling menjaga satu sama lain dalam usaha membina masyarakat yang lebih prihatin dan berdaya tahan."

- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad. 




SARANAN PASUKAN BERTINDAK KEGANASAN KELUARGA



 • Teras 1: Meningkatkan kesedaran dan mengukuhkan sikap masyarakat terhadap usaha pencegahan keganasan

- Perbaiki kesedaran tentang keganasan keluarga melalui kempen pendidikan masyarakat

- Pertingkat program persediaan rumah tangga bagi pasangan yang mungkin berdepan dengan lebih banyak masalah untuk memberi kesedaran tentang keganasan keluarga serta kemahiran memupuk hubungan sihat



 • Teras 2: Memudahkan masyarakat dan mangsa melaporkan keganasan supaya segera menerima bantuan

- Meluaskan talian bantuan anti-keganasan nasional, misalnya melalui aplikasi mudah alih

- Perkukuh respons kecemasan bagi kejadian keganasan keluarga



 • Teras 3: Mengukuhkan perlindungan dan sokongan untuk mangsa daripada didera lagi

- Tingkatkan hukuman pelanggaran PPO di bawah Piagam Wanita dan bolehkan pihak ketiga memohon PPO bagi individu terdedah

- Perluas skim 'HT Cares' kendalian pasukan Home Team kepada lebih banyak divisyen darat polis dan kepada anggota keluarga tertuduh yang disiasat lakukan keganasan keluarga



 • Teras 4: Meningkatkan sikap bertanggungjawab para pelaku keganasan keluarga memperkukuh pemulihan mereka

- Membolehkan mahkamah memberi perintah penilaian dan rawatan wajib bagi penerima PPO yang mempunyai masalah mental yang boleh dirawat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >