Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program celik digital baru untuk warga emas

Feb 27, 2021 | 05:30 AM



WARGA emas boleh mempelajari bagaimana untuk menggunakan perkhidmatan digital di perpustakaan awam di bawah satu program celik digital baru yang dilancarkan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) semalam.



Di bawah program Perjalanan Pembelajaran Perpustakaan itu, warga emas boleh belajar cara untuk membaca akhbar elektronik atau e-akhbar serta menggunakan kemudahan Wireless@SG dan kod imbasan QR untuk mendapatkan akses kepada wadah digital tersebut.



Program tersebut diadakan di perpustakaan awam serata Singapura setiap bulan mulai bulan ini.



Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Cik Sim Ann, berkata semalam perkhidmatan perpustakaan dalam talian diperluas dengan menawarkan bengkel bercerita dan lebih banyak pilihan e-buku yang telah dimuatnaikkan.



Perpustakaan awam juga dijadikan sebagai hab pembelajaran buat golongan dewasa dengan adanya bengkel bagi mempelajari kemahiran baru.



"Pengguna juga boleh menikmati perkhidmatan yang lebih khusus seperti adanya pilihan (perkhidmatan) yang luas bagi kanak-kanak dan perkhidmatan pencarian yang lebih jelas untuk memudahkan warga emas mencari bahan yang mereka ingin mendapatkan," kata Cik Sim Ann.



Beliau telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Daerah Tampines di Our Tampines Hub (OTH) untuk yang meninjau sesi program celik digital baru yang diadakan di perpustakaan itu.



Sehubungan itu, warga emas juga boleh mendapatkan bantuan berkaitan alat digital serta meraih kemahiran digital di Pejabat Digital SG (SDO) yang telah ditubuhkan di 55 hab masyarakat.



Hab-hab itu terletak di pusat masyarakat dan perpustakaan serata negara dan mempunyai duta digital untuk antara lain mengajar warga emas cara menggunakan aplikasi dan ciri-ciri di telefon bijak mereka.



Mengulas peranan perpustakaan awam dalam usaha pendigitalan di Singapura, Cik Sim Ann berkata:



"Kami berpendapat bahawa perpustakaan setempat merupakan ruang awam yang kritikal dan juga berfungsi sebagai hab pembelajaran, di mana warga setempat boleh datang ke sini dan pelajari kemahiran baru."



"Malah, terdapat pelbagai pandangan antara golongan warga emas mengenai isu ini namun saya rasa ramai antara mereka sedar bahawa pendigitalan merupakan satu hakikat yang akan terus berlangsung di sini.



"Dari sudut individu, mereka perlu menerima sedikit galakan dan sedikit bantuan khusus untuk membina keyakinan mereka menguasai kemahiran baru itu."



Sementara itu, aplikasi telefon bimbit NLB juga telah diberi nafas baru, dengan ciri-ciri baru untuk memudahkan penggunaan wadah itu, serta pelbagai pilihan bahan membaca yang telah dimuatnaik.




KES COVID-19 DI SG, 26 FEB



KES BARU: 13



DALAM MASYARAKAT: 0



IMPORT: 13



DI DORMITORI: 0



JUMLAH KEMATIAN: 29



JUMLAH KESELURUHAN: 59,913



(Hingga 12 tengah hari semalam)



Laporan terkini kes Covid-19 setempat di www.bh.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >