Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program #Hashtech M3 Pasir Ris-Punggol galak belia minati bidang teknologi

Nov 25, 2022 | 05:30 AM



DENGAN pertumbuhan yang semakin pesat dalam industri teknologi, M3 @ Pasir Ris-Punggol telah menganjurkan program "#Hashtech" untuk menggalakkan belia membina kemahiran teknologi dengan berguna.



Menerajui program tersebut ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha, yang mempunyai pengalaman sebagai seorang jurutera sebelum menjadi AP.



"Program ini bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran teknologi dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam di Singapura, dengan harapan ia dapat menarik lebih ramai minat pelajar untuk menceburi bidang ini," kata beliau.



Ditujukan kepada pelajar di pe-ringkat sekolah menengah, maktab rendah, Institut Pengajian Tinggi dan madrasah, program itu bertujuan menggalakkan belia yang minat teknologi mendapat inspirasi untuk menceburi kerjaya dalam industri tersebut.



Ia berlangsung pada tiga minggu Sabtu berturut-turut dengan esok merupakan Sabtu yang terakhir bagi siri cabaran data dan keselamatan siber menggunakan peralatan digital.



Tujuh pasukan dengan lima anggota akan bertarung untuk pertan-dingan peringkat akhir itu.



Peserta akan membentangkan data yang diperoleh pada minggu pertama dan harus mencadangkan sebuah huraian untuk masalah dunia sebenar.



Mereka juga akan menjalani pertandingan 'hacktahon' di mana pasukan harus melayari Internet untuk mencari penggodam bagi cabaran keselamatan siber.



Pasukan yang meraih mata terti- nggi untuk kedua-dua cabaran akan memenangi wang tunai $3,000.



Antara pelajar yang akan bertan-ding esok ialah Wania Kazi Laaibah dan Farah Inaaya Bajal Mohamed dari Madrasah Al-Arabiah, kedua-duanya berusia 14 tahun.



Mereka berdua telah menyertai program ini dengan kesedaran bahawa program sedemikian memberikan peluang yang baik untuk memperbaiki kemahiran mereka dalam bidang teknologi, selain didorong guru mereka untuk menyertainya.



Wania berkata program tersebut dibimbing mentor berpengalaman.



"Jika ada sesuatu yang saya kurang faham, saya dapat bertanya soalan, dan pada masa yang sama dapat menggunakan kemahiran itu serta-merta.



"Ini akan membolehkan saya memanfaatkan kemahiran tersebut de-ngan lebih baik pada masa depan," ujar Wania baru-baru ini.



Mengesyorkan agar lebih ramai pelajar menyertai program teknologi seperti itu pada masa depan, Farah pula berkata dalam dunia teknologi yang kerap berubah, beliau percaya setiap individu perlu mengetahui sekurang-kurangnya proses asas berkaitan teknologi yang digunakan se-tiap hari.



Beliau akur pada mulanya beliau tidak berminat dalam bidang teknologi tetapi sejak menghadiri program itu, beliau kini lebih terbuka untuk mempertimbangkan kerjaya dalam bidang tersebut.



Encik Sharael pula gembira program itu menerima respons memberangsangkan.



"Selain pelajar, kami juga menerima penyertaan daripada peserta dewasa yang bekerja sepenuh masa dan ingin menyertai program ini," katanya.



Pertandingan esok akan diadakan di One Punggol pada 2 petang.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >