Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program holistik dilakar bantu warga minoriti baiki kesihatan

Kumpulan Kerja dibentuk MOH pimpinan Rahayu akan mulakan usaha bantu masyarakat lawan tabiat kesihatan buruk
Jun 07, 2021 | 05:30 AM



KUMPULAN Kerja yang dibentuk Kementerian Kesihatan (MOH) baru-baru ini bertujuan untuk membaiki kesihatan kumpulan etnik minoriti di sini akan meneruskan usaha memperkasa dan menyokong masyarakat Melayu untuk memperbaiki kesihatan mereka.



Kumpulan Kerja yang dipimpin Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam itu akan merancang program yang berkaitan dengan budaya dan membantu menggembleng masyarakat Melayu melawan tabiat kesihatan yang buruk.



Bagi mempertingkat penglibatan dengan masyarakat Melayu, kumpulan tersebut akan memberi sokongan dan memperbaiki status kesihatan masyarakat Melayu secara menyeluruh, kata beliau



Ini di samping menyediakan program gaya hidup sihat yang sesuai dengan rakan kerja masyarakat di kalangan masyarakat Melayu



Memberitahu Berita Harian, Cik Rahayu berkata Kumpulan Kerja baharu ditubuhkan pada Februari lalu itu bagi memperbaiki kesihatan kumpulan etnik minoriti.



Menurut Cik Rahayu Kumpulan kerja ini pertama sekali akan memberi tumpuan usaha mereka kepada masyarakat Melayu sebelum mengembangkan usaha kepada kumpulan etnik minoriti, bagi mereka program budaya relevan dan bantu mengumpul masyarakat menentang tabiat buruk.



Tumpuan itu termasuk menjalankan aktiviti kehidupan sihat sepanjang tahun di kalangan masyarakat Melayu dengan tujuan keseluruhan bagi memperbaiki kesihatan dan kehidupan.



Usaha penubuhan Kumpulan kerja itu diumumkan usaha ini semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan MOH di Parlimen baru-baru ini.



MOH berkata pihaknya berusaha untuk merapatkan "jurang yang ketara" dalam tingkah laku dan hasil kesihatan antara kaum di Singapura.



Cik Rahayu akan bekerjasama dengan AP GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, dan GRC Sembawang Cik Mariam Jaafar.



Langkah itu dibuat setelah satu semakan terhadap data kesihatan kebangsaan mendapati bahawa jumlah orang Melayu yang menghidap barah berbanding masyarakat lain, secara beransur-ansur meningkat selama beberapa dekad.



Cik Rahayu berkata masyarakat Melayu juga mempunyai kadar obesiti tertinggi dan kadar penggunaan tembakau yang tinggi berbanding dengan masyarakat Cina dan India.



Selain itu, masyarakat Melayu juga mempunyai kadar pemeriksaan bagi penyakit kronik dan barah yang paling rendah



Pada tahun 2020, peratusan bangsa Melayu yang menghidap diabetes telah naik dari 11.6 peratus kepada 14.4 peratus dalam jangka masa tiga tahun.



"Ini amat membimbangkan dan kita perlu teruskan usaha memperkasa dan menyokong masyarakat Melayu untuk memperbaiki kesihatan mereka.



Kumpulan Kerja juga bekerjasama rapat dengan rakan-rakan masyarakat Melayu, seperti Mendaki dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dan juga juga masjid bagi mendapatkan pandangan mereka bagi menyediakan program gaya hidup sihat dan mesej gaya hidup sihat.



Ini untuk membantu mempertingkat kesedaran dan penyertaan program gaya hidup sihat yang boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi diabetes di kalangan kalangan masyarakat Melayu, kata Cik Rahayu.



Dalam temuramah ini, Cik Rahayu turut menyentuh tentang perlunya masyarakat melakukan pemeriksaan terhadap penyakit kronik dan mengubah ubah kepada pemakanan sihat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >