Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Program 'Jejak Geylang Serai' dilancar

Dec 13, 2021 | 05:30 AM

SATU program baru yang membawa pengunjung mengenali dengan lebih dekat sejarah serta warisan kawasan Geylang Serai telah dilancarkan semalam.

Dikenali sebagai Jejak Geylang Serai, program tersebut mengajak peserta mengembara dalam presint Geylang Serai dan meneroka tapak ikonik serta yang kurang diketahui di sana.

Orang ramai boleh meneroka sendiri jejak tersebut dengan hanya mengimbas kod QR yang tersedia di gerai yang merupakan sebahagian jejak itu, dan 'sandiwara radio' berkaitan tempat yang dipilih akan dimainkan.

Jejak Geylang Serai dilancarkan semalam oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.

"Kita telah melancarkan satu program untuk merancakkan jalur budaya Geylang Serai sebelum ini, tapi kita tahu bahawa untuk merancakkan jalur budaya Geylang Serai, bukan sahaja dari segi infrastruktur, tetapi kita juga ingin memastikan bahawa budaya serta warisan di sini difahami dan dihargai menerusi cerita-cerita sedia ada," kata Dr Maliki.

LAPORAN SELANJUTNYA: Maliki kongsi harapan 'Jejak Geylang Serai'

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3