Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RENCANA

Program KelasMateMatika@CC tingkat semangat anak pelajari Matematik

Teroka cara berlainan dan interaktif bagi ibu bapa dan anak
Jul 03, 2023 | 03:17 PM



Melihat bagaimana anak keduanya mempunyai minat dalam subjek Matematik, Cik Zinnur’Ain Rabu tercari-cari program yang boleh terus memupuk minatnya bagi subjek itu.

Setelah mendaftar anaknya, Putri Mahirah Ariqah Muhammad Fitri, bagi program berasaskan kurikulum seperti KelasMateMatika@CC dalam talian – atau eKMM@CC – Cik Zinnur’Ain, 29 tahun, melahirkan perasaan gembira melihat anaknya menjadi lebih yakin dalam subjek tersebut melalui cara yang menarik seperti belajar melalui permainan.

Putri, yang memulakan persekolahannya sebagai pelajar Darjah 1 di Sekolah Rendah Waterway awal tahun ini, kini mempunyai keyakinan yang baik dalam menghasilkan kerja sekolah dan juga cemerlang dalam subjek Matematik.

Ketika dihubungi Berita Harian, ibu kepada empat anak itu berkata ia mungkin tidak tercapai tanpa sokongan yang beliau terima daripada program eKMM yang beliau dan anaknya telah jalani.


“Berbanding dengan anak sulung saya, Putri sebenarnya cepat tangkap konsep yang beliau pelajari.

“Beliau seorang anak yang selalu mencari ilmu dan mempunyai sikap ingin tahu.

“Jadi sebagai seorang ibu, saya tergerak untuk mendaftarkannya di dalam program tersebut kerana saya tahu dia akan dapat pelajari lebih banyak daripada apa yang saya dapat mengajarnya di rumah,” jelas beliau, yang merupakan pembantu klinik sepenuh masa.

eKMM@CC merupakan daya usaha M Kuasa Tiga (M³) yang melengkapkan ibu bapa dengan kemahiran untuk membantu dalam pembelajaran anak-anak mereka dalam konsep celik angka asas.

Menurutnya, Putri menyertai program eKMM@CC selama tiga bulan mulai Oktober 2022 hingga Disember 2022.

Sebelum menjalani program itu, Cik Zinnur’Ain berkata Putri sangat minat dalam subjek itu, namun dia tidak mempunyai peluang untuk meneroka cara berlainan dan interaktif untuk memahami subjek tersebut.

Namun, dengan pembelajaran yang interaktif, beliau berkata Putri mempunyai peluang meluaskan kemahirannya bagi subjek Matematik dan tahu bagaimana menyesuaikan diri dalam kelas.

Melalui program itu, Cik Zinnur’Ain juga terdedah kepada cara membantu anak-anaknya dalam Matematik.

Melalui sesi-sesi KMM, beliau pelajari cara menerapkan Matematik dalam kehidupan harian agar anak-anak beliau gemar dan selesa dengan subjek tersebut.

“Satu teknik penting yang memberi impak paling besar kepada saya dan suami saya adalah cara kami mengubah kesilapan menjadi peluang untuk belajar.

“Sebagai ibu bapa, kadangkala kami berfikir bahawa jika kita marah anak kita , ia akan membantu dalam pembangunan mereka.

“Tetapi melalui program ini, kami pelajari ‘gentle parenting’, di mana kami lebih berhati-hati apabila membetulkan kesilapan anak perempuan kami.

‘Gentle parenting’ bermaksud cara mendidik anak dengan sikap empati dan hormat.

“Mereka memastikan kami membetulkan kesilapan dengan cara yang positif, menggunakan nada yang betul dan menawarkan kata-kata semangat,” jelas Cik Zinnur’Ain

Memandangkan ia banyak memberi manfaat kepada anak perempuannya, Cik Zinnur’Ain berkata beliau juga tidak sabar mahu mendaftarkan anak bongsunya yang berusia empat tahun, Putra Muhammad Aqil Muhammad Fitri, apabila pendaftaran dibuka semula dalam masa akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >