Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program matematik M³ diperluas, manfaatkan lebih ramai keluarga

Dec 03, 2018 | 05:30 AM



PROGRAM KelasMateMatika@CC (KMM@CC), yang merupakan inisiatif pertama gabungan Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) - yang membentuk rangkaian M kuasa tiga (M³) - akan diperluaskan mulai tahun depan.



Sekitar 1,500 ibu bapa dan anak-anak dijangka memanfaatkan program tersebut, kenaikan daripada sekitar 35 keluarga dan anak-anak apabila fasa perintisnya bermula September lalu.



Menyatakan demikian di Majlis Tamat Program KMM@CC semalam, Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad, berkata apabila diperluaskan kelak, program tersebut dijangka menambah tenaga pembimbing, selain kemungkinan programnya diubah suai mengikut demografik yang berlainan.



"Kami akan lihat lebih banyak kawasan yang akan anjurkan kursus KMM apabila ia diperluas. Buat masa ini, kami gunakan tenaga pengajar yang sedia ada. Tapi pada masa akan datang, kami akan menambah jumlah tenaga pengajar," katanya.



Encik Zaqy juga tidak menolak kemungkinan program tersebut diubah suai mengikut demografik sesebuah kawasan itu.



"Berdasarkan kejayaan yang telah dicapai sejauh ini, sekitar 97 peratus ibu bapa berasa lebih yakin dalam membimbing anak-anak mereka dalam matematik selepas sertai kursus ini. Secara umumnya program ini nampak okey tapi perlu dilihat sekiranya perlu diubah suai mengikut demografik berlainan. Di bawah program ini, kami perlu terus beri tumpuan kepada pendekatan terhadap keluarga juga," katanya semasa ditemui media selepas acara yang berlangsung di Pusat Sains Singapura itu.



Encik Zaqy yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki dan Anggota Majlis Penasihat Mesra, berkata empat kelab masyarakat (CC) lain - Admiralty, Keat Hong, Boon Lay dan Woodlands - akan mula menawarkan program itu tahun depan.



Program KMM@CC itu, yang sebelum ini dipanggil Tiga M - singkatan bagi Maju Minda Matematika dan diperkenalkan Mendaki sebelum ini - telah dirintis di tiga CC termasuk Marsiling, Nee Soon Central (dengan kerjasama Nee Soon East) dan Pasir Ris East.



Jika digabungkan dengan Tiga M, program tersebut telah menarik sehingga 300 ibu bapa dan kanak-kanak sepanjang tahun ini.



KMM@CC mempunyai dua modul - modul pertama adalah program Tiga M Mendaki selama enam minggu manakala modul kedua, merupakan program empat minggu yang dikelolakan Persatuan Rakyat (PA).



Dalam enam minggu pertama, antara lain ibu bapa diajar konsep matematik asas, selain memberi penghargaan dan galakan bagi meningkatkan keyakinan anak.



Si anak pula akan belajar konsep angka dan bentuk geometrik menerusi kegiatan interaktif.



Empat minggu berikutnya kegiatan yang dijalankan mendedahkan keluarga kepada kemahiran lain yang menggalak hubungan kekeluargaan, seperti sesi kecergasan, memasak dan menghasilkan seni karya.



Rangkaian M³ menumpukan usaha kepada program sedia ada bagi membantu masyarakat menerusi penyepaduan kepakaran dan sumber yang lebih mendalam.



Salah satu keluarga yang tamat kursus itu turut melahirkan rasa yakin dengan apa yang dipelajari.



Bapa tiga anak, Encik Faizal Jamil, 35 tahun, yang datang bersama isteri dan dua anak mereka berkata:



"Sebelum ini, berdasarkan apa yang kami dengar tentang subjek matematik hari ini, kami bimbang sekiranya kami mampu mengajar anak sulung kami yang akan ke sekolah rendah tahun depan. Tapi selepas sesi KMM, kami lebih yakin dan lebih bersedia apabila kesemua anak kami melangkah ke darjah satu."



Salah seorang tenaga pengajar, Cik Norlinah Jellanie, 54 tahun berkata kebimbangan peserta tampak jelas kali pertama melangkah masuk ke kelas yang beliau kendalikan.



"Daripada maklum balas yang diterima, ramai yang sudah lama tidak masuk kelas dan pelbagai kebimbangan yang diluahkan mereka. Tapi syukur selepas sesi berakhir, mereka rasa lebih bersedia menghadapinya dan hubungan kekeluargaan lebih kukuh," tambah ibu empat anak itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >