SAMBUTAN musim perayaan akhir tahun bagi sekitar 110 penduduk yang memerlukan di blok sewa kawasan Limbang diceriakan dengan kegiatan dan sumbangan hadiah menerusi satu program kelmarin.
Dipanggil North West Care & Repair @ Limbang - Festive Season Celebration, program sepanjang setahun itu mengajak sekolah dan rakan korporat mengambil blok sewa di kawasan North West sebagai badan angkat dan menganjurkan kegiatan demi meningkatkan kehidupan penduduk yang memerlukan.