PESAKIT kencing manis yang dikenal pasti lebih awal turut mengalami masalah ginjal berkaitan terbukti mampu melambatkan kemerosotan fungsi ginjal mereka sekitar 28 peratus di bawah Program Menilai, Mengurus dan Pengoptimuman Nefrologi (NEMO).
Program kendalian bersama Hospital Universiti Nasional (NUH) dan Poliklinik National Healthcare Group (NHGP) itu menyaksikan pesakit menerima dos ubat optimum, menjalani pemantauan berterusan kesan sampingannya, menjalani sesi kaunseling bagi memperkasa diri berserta menerima peringatan jadual ujian yang perlu dijalani.