BAHAS BELANJAWAN 2016: KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN KELUARGA
Program pastikan anak kurang bernasib baik kekal bersama keluarga
KEMENTERIAN Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan melancarkan satu pogram sokongan intensif baru bagi memastikan anak-anak daripada keluarga kurang bernasib baik dapat terus kekal bersama keluarga mereka.
Program itu antara lain bertujuan memberi tumpuan kepada langkah mempertingkat kemahiran keibubapaan keluarga tersebut agar anak mereka dapat kekal selamat dengan keluarga masingmasing.