Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program Peningkatan Tandas di kedai kopi, pusat makanan dilancar

Oct 02, 2020 | 06:33 PM



AGENSI Sekitaran Nasional (NEA) melancarkan Program Peningkatan Tandas (TIP) di kedai kopi dan pusat makanan pada Jumaat (2 Oktober).



Dalam kenyataannya, NEA menjelaskan menerusi program ini, ia akan membiaya bersama kerja-kerja peningkatan pada tandas di kedai kopi dan pusat makanan demi keselasaan pengguna dan bagi menambah kesihatan awam.



Satu program latihan pekerja pembersihan tandas sebagai pelengkap turut dikenalkan.



Ia meliputi komponen penilaian kebersihan tandas yang selanjutnya menyokong pengendali kedai kopi bagi mengambil langkah mempertingkat piawaian kebersihan tandas.



Antara matlamatnya ialah membekalkan pekerja pembersihan dengan ilmu dan kemahiran yang betul dalam membersihkan tandas sewajarnya.



Selain memperbaiki prasarana dan latihan pekerja pembersihan, NEA juga menyediakan nasihat tentang amalan baik yang boleh dilaksanakan pihak pengurusan tandas awam.



Menurut NEA lagi, pihaknya akan membiaya bersama sehingga 90 peratus (dihadkan pada $45,000) kos menaik taraf prasarana tandas buat pemohon yang berjaya di bawah TIP.



Menerusi dana ini, TIP berusaha memberi insentif buat pengendali kedai kopi dan pusat makanan merebut peluang melaksanakan reka bentuk lebih baik, teknologi lebih baru dan langkah pembersihan lebih berdaya hasil dan berkesan buat tandas mereka.



NEA menambah, meskipun pengendali kedai kopi dan pusat makanan boleh memilih untuk menyertai mahupun dikecualikan daripada program ini, 1,100 kedai kopi di Singapura digalakkan agar bermohon.



Ini adalah kerana kebersihan tandas menyumbang pada  keseluruhan kebersihan kedai kopi sebagai ruang makan di samping mampu merancakkan perniagaan.



Keterangan lanjut boleh diperolehi menerusi laman NEA beralamat www.nea.gov.sg/CTIP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >