BERMULA tahun depan, lulusan jurusan agama luar negara perlu menjalani kursus selama setahun sekembalinya mereka ke Singapura sebelum mereka boleh menerima pentauliahan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).
Program baru Sijil Possiswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) itu akan menggantikan Sijil Pengajian Islam Mengikut Konteks (ICON), program empat minggu yang sejak 2017 perlu dijalani lulusan agama luar negara sebelum mendapat ARS.