Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2022: PAKEJ BANTUAN PEKERJAAN DAN PERNIAGAAN $500 JUTA

Program pinjaman kepada peniaga dilanjut untuk reda keprihatinan

Feb 19, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH terus menyediakan sokongan tambahan bagi perniagaan melalui beberapa program pinjaman yang dilanjutkan sedang kadar inflasi mencetuskan keprihatinan kewangan dalam kalangan peniaga.



Program Pinjaman Penyambung Sementara (TBLP) dan Pinjaman Perdagangan Skim Pembiayaan Perusahaan (EFS-TL) akan dilanjutkan bagi tempoh enam bulan lagi mulai 1 April hingga 30 September.



Mengumumkan demikian semalam, Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata pemerintah akan memastikan warga Singapura menerima bantuan tambahan dalam menghadapi tempoh inflasi ini.



"Saya sedar akan keprihatinan segera perniagaan dan isi rumah dan akan menyediakan bantuan tambahan lebih banyak dalam Belanjawan ini untuk membantu mereka menghadapi tempoh kenaikan harga ini.



"Bagi perniagaan, kenaikan kos barangan dan elektrik mencetuskan kebimbangan tentang aliran wang mereka," ujarnya.



Menurut Encik Wong, kenaikan harga sekarang antaranya berpunca daripada kadar inflasi rendah yang berlanjutan sepanjang tempoh sedekad lalu dan didorong kenaikan permintaan global yang meningkatkan kenaikan harga tenaga.



Katanya: "Pemerintah kini memantau dengan teliti risiko kadar inflasi dan kos sara hidup yang meningkat ini."



Skim TBLP diperkenal Mac 2020 untuk membantu perusahaan memperoleh modal kerja semasa pandemik, sementara EFS-TL bertujuan memenuhi keperluan perusahaan yang berpangkalan di Singapura untuk membiayai kos perdagangan.



Sementara itu, Pinjaman Projek Skim Pembiayaan Perusahaan turut dilanjutkan bagi sektor pembinaan domestik selama setahun dari 1 April hingga 31 Mac.



"Ini selain rebat Levi Pekerja Asing yang diterima syarikat binaan sekarang," tambah Encik Wong.



Skim pinjaman projek ini menawarkan bantuan bagi keperluan perusahaan yang berpangkalan di Singapura mengendalikan projek di luar negara, termasuk pembiayaan modal kerja, jaminan dan aset tetap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >