Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program senaman HPB di ruang masyarakat diluaskan

Feb 05, 2023 | 04:36 PM



LEBIH ramai penduduk akan dapat mengakses kegiatan fizikal secara percuma di ruang-ruang masyarakat serata Singapura. 



Selaras dengan inisiatif Healthier SG, Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) mengumumkan rancangannya untuk meningkatan kapasiti bagi program-program kegiatan fizikal kelolaannya daripada mendekati 31,000 penduduk setiap minggu kepada 47,000.



Sehubungan dengan itu, ia juga akan menyesuaikan Cabaran Langkah Kebangsaan dengan Garis Panduan Aktiviti Fizikal (SPAG) yang baru disemak, dan berkuatkuasa pada 20 Februari ini.



Di bawah garis pandu itu, penduduk digalak melakukan kegiatan fizikal intensiti sederhana hingga berat sekurang-kurangnya 150 minit secara kumulatif setiap minggu.



Menurut HPB pada Ahad (5 Feb), sementara insentif ‘Healthpoints’ dikekalkan pada 10 mata bagi 5,000 jejak langkah setiap hari, 7,500 dan 10,000 jejak langkah - yang sebelum ini menerima 25 dan 40 mata masing-masing - tidak lagi akan menerima insentif mata tersebut.



Healthpoint adalah program ganjaran HPB, dengan mata yang dikumpul boleh ditebus untuk baucar beli-belah, antara lain.



Menjawab pertanyaan Berita Harian, HPB berkata insentif Healthpoints itu akan diberi khususnya bagi menyertai aktiviti intensiti sederhana hingga berat (MVPA) agar warga Singapura melakukan kegiatan sedemikian lebih kerap setiap minggu mengikut SPAG yang ditetapkan Majlis Sukan Singapura (Sport SG) dan HPB Jun tahun lalu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >