Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program senaman HPB di ruang masyarakat diluaskan

Feb 06, 2023 | 05:30 AM



LEBIH ramai penduduk akan dapat mengakses kegiatan fizikal secara percuma di ruang-ruang masyarakat serata pulau.



Selaras dengan inisiatif Healthier SG, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) mengumumkan rancangannya untuk meningkatan kapasiti bagi program-program kegiatan fizikal kelolaannya daripada mendekati 31,000 penduduk setiap minggu kepada 47,000.



Sehubungan dengan itu, ia juga akan menyesuaikan Cabaran Langkah Kebangsaan dengan Garis Panduan Aktiviti Fizikal (SPAG) yang baru disemak, dan berkuat kuasa pada 20 Februari ini.



Di bawah garis pandu itu, penduduk digalak melakukan kegiatan fizikal intensiti sederhana hingga berat selama sekurang-kurangnya 150 minit secara kumulatif setiap minggu.



Menurut HPB semalam, sementara insentif 'Healthpoints' dikekalkan pada 10 mata bagi 5,000 jejak langkah setiap hari, 7,500 dan 10,000 jejak langkah - yang sebelum ini menerima 25 dan 40 mata masing-masing - tidak lagi akan menerima insentif mata tersebut.



Healthpoint adalah prgram ganjaran HPB, dengan mata yang dikumpul boleh ditebus untuk baucar beli-belah, antara lain.



HPB berkata perubahan kepada cabaran tersebut adalah untuk mendorong peserta mencapai intensiti dan durasi kegiatan fizikal seperti yang disarankan SPAG agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup aktif dan menjaga kesihatan dengan lebih baik.



Cabaran Langkah Kebangsaan disesuaikan, galak kegiatan intensiti sederhana hingga tinggi



Di bawah garis pandu SPAG, orang dewasa digalak melakukan aktiviti fizikal intensiti sederhana hingga berat sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu.



Garis pandu baru itu didapati boleh mengurangkan risiko kematian pramatang, serangan sakit jantung, penyakit kencing manis jenis 2, kemurungan, angin ahmar, darah tinggi, kanser kolon dan barah buah dada.



Cabaran Langkah Kebangsaan adalah sebuah program kesihatan yang memberikan peserta insentif selepas mencapai bilangan jejak langkah tertentu, yang dirakam menerusi aplikasi seperti Healthy 365.



Menurut HPB, ia telah menerima hampir 700,000 peserta sejak Januari 2023.



HPB berkata insentif pencapaian 5,000 jejak langkah itu akan dikekalkan bagi memberi motivasi kepada individu yang baru berjinak-jinak melakukan kegiatan fizikal.



Agensi itu juga berharap ia akan menggalak individu yang mempunyai gaya hidup tidak aktif menyertai program itu dan mula membuat perubahan dalam rutin seharian mereka.



"Dengan menyemak semula Cabaran Langkah Kebangsaan, ia akan menggalak peserta memenuhi saranan garis pandu SPAG agar mereka boleh menerima manfaat kesihatannya yang membolehkan usaha SG Lebih Sihat, mencapai objektif kesihatan pencegahannya," kata HPB.



Pada masa yang sama, insentif baru bagi penyertaan kegiatan berintensiti sederhana hingga berat pula akan diperkenal pada 20 Februari.



Aktiviti sedemikian yang dilakukan selama 10 hingga 19 minit akan terus menerima 10 mata, namun insentif bagi melakukannya selama 20 hingga 29 minit akan dikurangkan kepada 15 mata berbanding 25 mata sekarang.



Penyertaan melebihi setengah jam pula akan dikurangkan kepada 20 mata daripada 40 mata.



Dalam pada itu, HPB berkata langkah meningkatkan jumlah program dan tempat bagi peserta kepada 47,000 setiap minggu, naik daripada 31,000 adalah selaras dengan inisiatif SG Lebih Sihat.



Program-program yang akan disediakan termasuk senaman Zumba, kickboxing, yoga, latihan yang menggunakan getah senaman (resistance band), senaman aerobik impak rendah, dan latihan interval intensiti tinggi yang akan diadakan antara lain di pusat sukan, taman-taman, estet kejiranan dan pusat kegiatan warga emas.



Program-program tersebut akan dianjur bersama rakan kongsi awam dan sektor swasta.



Semalam juga, satu acara berjalan pantas anjuran Persatuan Rakyat dan disokongi HPB telah diadakan di Bukit Batok disertai lebih 50 peserta.



Peserta perlu menyelesaikan perjalanan 1.8 kilometer antara Bukit Batok East Avenue 5 dengan Avenue 4.



Berucap di acara tersebut, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, menggesa orang ramai melakukan kegiatan fizikal lebih intensif demi kesihatan mereka.



"Ia penting untuk menggalak orang ramai mempergiat dan melakukan aktiviti fizikal intensiti sederhana dan berat yang mencukupi kerana kegiatan seperti itu berupaya menawarkan lebih banyak kelebihan dari segi kesihatan.



"Dengan lebih banyak kegiatan fizikal dijangka akan disediakan serta perubahan terhadap Cabaran Langkah Kebangsaan, kami berharap lebih ramai warga Singapura memupuk tabiat menjadi lebih aktif, dan berusaha mencapai paras aktif fizikal yang disarankan untuk meningkatkan kesihatan mereka," ujar beliau.




"Ia penting untuk menggalak orang ramai mempergiat dan melakukan aktiviti fizikal intensiti sederhana dan berat yang mencukupi kerana kegiatan seperti itu berupaya menawarkan lebih banyak kelebihan dari segi kesihatan.
Dengan lebih banyak kegiatan fizikal dijangka akan disediakan serta perubahan terhadap Cabaran Langkah Kebangsaan, kami berharap lebih ramai warga Singapura memupuk tabiat menjadi lebih aktif, dan berusaha mencapai paras aktif fizikal yang disarankan untuk meningkatkan kesihatan mereka."
- Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >