Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program sepadu diperluas sokong kanak-kanak berkeperluan tinggi

Masagos: Embrace Plus akan sokong kanak-kanak di bawah umur tiga tahun tangani potensi risiko kesihatan mereka
Mar 23, 2022 | 05:30 AM



PROGRAM nasional yang menyokong kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah dan keluarga mereka dengan menyediakan sokongan kesihatan, sosial dan pendidikan bersepadu akan diperluas untuk menyokong kanak-kanak yang mempunyai keperluan lebih tinggi atau kompleks.



Program Pengawasan Dipertingkat bagi Ibu, Bayi & Kanak-Kanak Kecil (EMBRACE) yang dikendalikan Poliklinik Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHGP) akan diperluas kepada program Embrace Plus.



Melalui Embrace, keluarga berpendapatan rendah diberi akses kepada perkhidmatan seperti vaksinasi, pemeriksaan perkembangan kanak-kanak dan kemurungan selepas bersalin serta perkhidmatan sokongan penyusuan.



Bagi memperkukuh sokongan bagi kanak-kanak yang mempunyai keperluan lebih tinggi atau kompleks, NHGP telah melancarkan Embrace Plus, yang merupakan komponen dari program Embrace, di mana ia bakal mengenal pasti dan menyokong kanak-kanak di bawah umur tiga tahun daripada keluarga berpendapatan rendah untuk menangani potensi risiko kesihatan mereka.



Embrace Plus telah dimulakan di Poliklinik Yishun dan akan disediakan di poliklinik NHGP lain pada masa hadapan.



Melalui program tersebut, kanak-kanak akan diperiksa dari segi keperluan kesihatan dan sosial mereka apabila mereka melawat poliklinik bagi pemeriksaan berkala mereka.



Pendidikan kesihatan yang sesuai seperti nasihat pemakanan juga akan diberikan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak ini.



Para ibu yang layak bagi program tersebut juga akan diperiksa bagi kemurungan selepas bersalin dan mereka yang memerlukan bantuan akan dirujuk kepada kakitangan penjagaan kesihatan yang sesuai.



Menyentuh tentang program tersebut di Facebook semalam, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata:



"Untuk membina keluarga yang kuat dan berdaya tahan, kita perlu memastikan bahawa ibu bapa boleh mendapat akses tepat pada masanya kepada perkhidmatan kesihatan - supaya mereka sihat dan dapat menjaga anak-anak mereka.



"Ini telah membawa kepada Kementerian Kesihatan (MOH) membina ekosistem bersepadu untuk menyokong kanak-kanak dan keluarga mereka merentasi domain kesihatan, sosial dan pendidikan."



"Bersama-sama dengan sokongan warga Singapura, kami akan terus mengukuhkan sokongan bagi keluarga.



"Kami akan menjadi tunggak bagi penjagaan dan sokongan anak-anak dan keluarga mereka dalam masyarakat," kata Encik Masagos, sambil menambah bahawa pasukan Embrace Plus turut bekerja rapat dengan agensi sosial dan kemasyarakatan lain termasuk KidSTART.




"Untuk membina keluarga yang kuat dan berdaya tahan, kita perlu memastikan bahawa ibu bapa boleh mendapat akses tepat pada masanya kepada perkhidmatan kesihatan - supaya mereka sihat dan dapat menjaga anak-anak mereka.

...Bersama-sama dengan sokongan warga Singapura, kami akan terus mengukuhkan sokongan bagi keluarga.

Kami akan menjadi tunggak bagi penjagaan dan sokongan anak-anak dan keluarga mereka dalam masyarakat."

- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



 



*Artikel ini telah dikemaskini bagi ketepatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >