Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program Teraju Eko dilancar di sekolah

Mar 05, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH Program Teraju Eko akan dilancarkan di sekolah, dari peringkat sekolah rendah hingga prauniversiti, di bawah Kementerian Pendidikan (MOE).



Mengumumkannya d Parlimen semalam, Menteri Pendidikan Lawrence Wong berkata menerusi program tersebut, kementeriannya berharap dapat mengurangkan pelepasan karbon sebanyak dua pertiga dari sekolah menjelang 2030.



Menurut Encik Wong, usaha ini sejajar dengan Pelan Hijau Singapura 2030.



Program ini akan memberi tumpuan pada empat teras, iaitu kurikulum, kampus, budaya dan masyarakat.



Dari segi kurikulum, kemampanan akan dikemas kini dan diperteguhkan lagi dengan perspektif Singapura.



Sebagai contoh, topik dalam sukatan pelajaran geografi peringkat menengah atas akan disusun dengan tema kemampanan.



"Sumber pembelajaran ini akan membantu pelajar menghubungkan pembelajaran mereka dengan pengalaman di sekolah, dan menjadikan pembelajaran lebih empati dan menarik," kata Encik Wong.



Dalam kampus, Encik Wong berkata MOE akan akan memperbaiki kecekapan tenaga melalui usaha seperti menggunakan lampu LED sebagai sumber cahaya utama di bilik darjah dan memasang kipas yang lebih cekap tenaga.



"Kami akan memperbaiki prasarana sekolah kami dengan pelbagai ciri hijau," tambah beliau.



Panel suria sedang dipasang secara progresif di atas bumbung sekitar 130 sekolah menerusi program SolarNova, yang menurut Encik Wong, akan diperluas kepada hampir semua sekolah pada masa yang akan datang.



Sewaktu lawatannya ke Sekolah Menengah Commonweath, Encik Wong telah melihat habitat yang terdapat di sekolah tersebut, termasuk hutan hujan, sungai dan tanah lembap.



Habitat ini menjadi bahan pelajaran untuk pelajar sekali gus memberi peluang mereka menghargai alam semula jadi dan biodiversiti.



Encik Wong berpendapat, kemampanan di sekolah juga merupakan usaha "menanamkan kebiasaan yang betul dalam diri pelajar kita".



Menyentuh tentang budaya, beliau berkongsi MOE akan menanamkan kebiasaan dalam diri pelajar seperti mengurangkan tenaga dan sisa makanan.



"Kami akan membantu pelajar memperjuangkan pemikiran dan amalan tentang kemampanan menerusi peluang kepemimpinan agar mereka dapat mendorong rakan mereka ke arah kehidupan yang lebih mampan," tambahnya.



Encik Wong menegaskan bahawa sekolah adalah sebahagian daripada ekosistem masyarakat yang lebih besar dan oleh kerana itu, sebagai sebahagian daripada teras terakhir, MOE akan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk membantu pelajar mengambil bahagian dalam projek kemampanan masyarakat.



Menambah, beliau berkata kementeriannya akan berusaha meningkatkan kesedaran pelajar tentang "pekerjaan hijau" masa hadapan. Guru-guru dan kaunselor sekolah akan dilengkapkan dengan pengetahuan mengenai peluang masa hadapan ini.



Sebagai permulaan, Program Teraju Eko akan diuji di empat sekolah - Sekolah Rendah Elias Park, Sekolah Mee Toh, Sekolah Menengah Commonwealth dan Sekolah Menengah Tampines.



"Kami telah menetapkan rancangan besar untuk diri sendiri," kata Wong.



"Ia dapat memupuk anak muda kita dengan nilai, kemahiran dan pengetahuan untuk menjadi penjaga persekitaran yang bertanggungjawab."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >