Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program unik temukan mentor belia dengan pelajar muda di kelab masyarakat

Dec 03, 2018 | 05:30 AM



Program Mendekati Belia di Kawasan Kejiranan, atau 'Youth Engaged at Heartlands' (Yeah), merupakan satu usaha gabungan daripada masyarakat kepada masyarakat. Ditempatkan di Kelab Masyarakat Tampines West, ia menyediakan kegiatan harian selepas waktu sekolah kepada pelajar daripada latar belakang yang memerlukan bantuan. ZULAIQAH ABDUL RAHIM (zulabr@sph.com.sg) berkunjung ke kelab masyarakat tersebut bagi meninjau kegiatan dan bertemu pelajar yang terlibat dalam program itu.



MENYATUKAN golongan belia sebagai mentor dengan pelajar muda dalam satu kemudahan masyarakat yang sama.



Semangat kemasyarakatan ini merupakan usaha program Mendekati Belia di Kawasan Kejiranan, atau 'Youth Engaged at Heartlands' (Yeah), yang diadakan di Kelab Masyarakat Tampines West.



Idea bagi program itu tercetus pada 2013 apabila Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Tampines, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Anggota Parlimen GRC Tampines dan Menteri Sekitaran dan Sumber Air, mahu memanfaatkan sumber masyarakat bagi membantu pelajar berisiko dan potensi berisiko.



"Kami perasan kelab masyarakat pada waktu petang tidak begitu sibuk. Jadi, kami cuba fikirkan bagaimana gabungkan pembelajaraan pelajar berisiko dan gunakan kemudahan sedia ada," kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat Tampines West, Encik Russell Tham.



Lantas, perkongsian antara tiga pihak - tiga sekolah rendah di kawasan undi Tampines West, Politeknik Temasek (TP) dan Kelab Masyarakat Tampines West - diwujudkan bagi melakar sebuah program harian selepas waktu sekolah.



Ia program unik, satu-satunya program sepenuh masa yang dikendalikan oleh masyarakat dalam struktur yang berlandaskan kelab masyarakat di seluruh Singapura, menurut Encik Tham.



Kini, program tersebut mempunyai 30 mentor daripada TP dan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) yang menyokong kira-kira 100 pelajar menti (mentee).



Golongan menti ini merupakan pelajar yang tinggal atau bersekolah di kawasan GRC Tampines, berusia sembilan tahun hingga 12 tahun.



Program itu telah diperluaskan, bukan hanya kepada pelajar yang mempunyai potensi berisiko bahkan mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah, ibu bapa tunggal atau telah dipenjarakan serta adik-beradik pelajar dalam program itu juga boleh turut serta.



"Kami dapati golongan pelajar yang bercampur daripada latar belakang berbeza dan inklusif membentuk persekitaran yang positif. Mereka dapat beri sokongan kepada satu sama lain," kata Pengerusi Pasukan Program Sukarelawan Yeah, Encik Simon Loh.



Pada setiap hari biasa, secara purata, 25 hingga 30 pelajar dan lima mentor akan menghadiri program itu.



Ia menawarkan bantuan kerja sekolah, tuisyen dan pelbagai kegiatan menyeronokkan seperti papan lantai dan memasak, yang bertujuan membangunkan watak dan cita-cita serta memupuk kemahiran hidup mereka.



Misalnya, pada Selasa, pelajar akan dijadualkan sejam program peningkatan akademik - tuisyen bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik, dan sejam program cita-cita watak - mengajar pelajar menilai pilihan dan akibatnya serta mengatasi ketakutan mereka.



Semua kegiatan itu dikendalikan oleh pelajar sukarelawan.



Antaranya, Cik Zoe Koo, 19 tahun, pelajar tahun pertama di TP.



Pelajar yang mengambil jurusan pengurusan acara itu meluangkan tiga hari seminggu di kelab masyarakat tersebut.



Meskipun menghadapi cabaran seperti harus berinteraksi bersama pelajar yang tidak mendengar kata, beliau tetap berpuas hati dengan pengalamannya dalam program itu.



"Saya suka apabila pelajar yang dulu saya tidak kenali kini menjadi kawan saya," katanya.



Seorang lagi pelajar sukarelawan, Encik Nevin Wong Ramiah, 19 tahun, menceritakan ikatan mendalam yang beliau kongsi dengan beberapa mentinya.



"Ada yang kongsi cerita peribadi mereka kepada saya, agak menyedihkan. Ada juga yang saya beri nama samaran," kata pelajar tahun kedua dalam jurusan kejuruteraan aeroangkasa di TP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >