Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program vaksinasi kanak-kanak 5 hingga 11 tahun bermula Isnin

n Tempahan bagi vaksinasi bermula hari ini n Mereka yang berusia antara sembilan hingga 11 tahun didahulukan n 15 pusat vaksinasi akan disedia; tujuh mula operasi minggu depan
Dec 22, 2021 | 05:30 AM



PROGRAM vaksinasi Covid-19 Singapura bagi kanak-kanak berusia antara lima dengan 11 tahun akan bermula Isnin depan.



Program itu terbuka kepada semua warga Singapura, Penduduk Tetap dan pemegang pas jangka panjang.



Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam, Kementerian Pendidikan (MOE) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) berkata mereka akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk memberikan vaksinasi Covid-19 kepada lebih 300,000 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bermula 27 Disember 2021.



Vaksinasi itu akan diberikan kepada kanak-kanak yang lebih tua dahulu iaitu mereka yang berusia antara sembilan dengan 11 tahun, dengan tempahan bagi slot vaksinasi bagi golongan usia tersebut bermula hari ini.



Setakat ini, hanya vaksin PfizerBioNTech/Comirnaty telah diluluskan untuk penggunaan kanak-kanak dalam golongan usia lima hingga 11 tahun di Singapura.



Sekitar 110,000 Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar bermula hari ini kepada ibu bapa pelajar Darjah 4 hingga 6 kohort 2022 dalam sekolah rendah MOE dan madrasah, serta kanak-kanak yang lahir antara 2009 dengan 2012, kata kenyataan tersebut.



SMS itu mengandungi pautan unik membolehkan ibu bapa menempah slot vaksinasi bagi anak-anak mereka.



Ibu bapa murid-murid Darjah 1 hingga 3 kohort 2022 pula akan mula menerima SMS itu bermula 3 Januari 2022.



Ibu bapa pelajar lain yang tidak termasuk dalam golongan tersebut boleh melakukan pendaftaran bagi vaksinasi Covid-19 anak-anak mereka di child.vaccine.gov.sg atau melalui laman pendaftaran vaksin utama MOH di vaccine.gov.sg bermula 27 Disember ini.



Bagi memudahkan program vaksinasi kanak-kanak ini, sebanyak 15 pusat vaksinasi (VC) pediatrik di sekitar Singapura akan mula beroperasi secara berperingkat, dengan tujuh VC sedemikian akan mula beroperasi pada 27 Disember ini.



Pusat-pusat vaksinasi ini akan dikendalikan kakitangan perubatan yang terlatih dalam penjagaan kanak-kanak serta kakitangan terlatih dalam memberi vaksinasi bagi kanak-kanak.



Semua kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun mesti ditemani salah satu ibu bapa atau penjaga dewasa di VC bagi janji temu mereka.



Ibu bapa mesti memastikan anak-anak mereka sudah minum air dan makan secukupnya, serta tidak melakukan sebarang senaman berat sebelum divaksinasi.



Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata vaksinasi bagi kanak-kanak adalah langkah penting sebelum aktiviti sekolah dapat diteruskan semula.



"Dengan lebih ramai anak-anak kita divaksinasi, kita dapat teruskan lebih banyak aktiviti, sukan dan permainan yang kritikal bagi pembangunan holistik dan kesejahteraan mereka.



"Sebagai ibu bapa, saya harap kita semua akan memastikan anak-anak kita divaksinasi jika mereka layak dari segi perubatan," kata beliau.



Sementara itu, menulis di Facebook, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata:



"Disebabkan kerjasama semua, 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksinasi sepenuhnya.



"Memvaksinasi kanak-kanak lebih muda akan memastikan mereka, keluarga mereka dan masyarakat secara am selamat, terutama dengan varian Omicron yang sedang merebak."




"Dengan lebih ramai anak-anak kita divaksinasi, kita dapat teruskan lebih banyak aktiviti, sukan dan permainan yang kritikal bagi pembangunan holistik dan kesejahteraan mereka. Sebagai ibu bapa, saya harap kita semua akan memastikan anak-anak kita divaksinasi jika mereka layak dari segi perubatan."
- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.




Laporan lanjut : Proses vaksinasi murid madrasah rendah sama seperti sekolah rendah MOE




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >