Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program vaksinasi lancar dengan jangkaan separuh penduduk S'pura terima 2 suntikan jelang minggu 26 Julai: PM Lee

Jul 07, 2021 | 08:11 PM



PROGRAM vaksinasi di Singapura berada di landasan yang disasarkan dengan 50 peratus penduduk dijangka telah menerima dua suntikan vaksin menjelang minggu 26 Julai, jelas Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam catatan Facebook pada Rabu (7 Julai).



Menurutnya lagi, pasukan bertindak berbilang kementerian mengenai Covid-19 sedang meneroka langkah pengurusan selamat yang dibezakan bagi golongan yang sudah mendapatkan vaksinasi sejurus kadar vaksinasi yang dicita-citakan itu dicapai. Ini termasuk dalam langkah berkaitan perjalanan ke luar negara pada masa akan datang.



"Saya pasti semua daripada kita gembira dengan butiran terkini yang dikongsi Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian. Mulai 12 Julai, kita boleh makan bersama dalam kumpulan hingga lima orang, tambahan daripada dua orang buat masa ini.



"Sekatan turut dilonggarkan bagi majlis jamuan perkahwinan serta gimnasium dan studio kecergasan...



"Jika anda sudah mendapatkan suntikan vaksin anda, terima kasih! Jika anda belum menjalani vaksinasi, sila daftarkan diri secepat yang boleh. Terima kasih di atas kerjasama setiap orang, kita kini selangkah lebih dekat mara daripada Covid-19. Ayuh kita terus bekerjasama!" tambah Encik Lee.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >