Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

INISIATIF #SGUNITED BUKA PUASA

Projek agih paket makanan kepada golongan susah, barisan depan

#SGUnited Buka Puasa beri ribuan paket makanan setiap hari untuk berbuka puasa
Apr 26, 2020 | 05:30 AM



LEBIH 18,000 paket makanan diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah dan petugas di barisan hadapan pada hari pertama Ramadan di bawah inisiatif #SGUnited Buka Puasa dilancarkan, kata Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Abu Bakar Mohd Nor, semalam.



Inisiatif itu bertujuan membantu golongan susah, pekerja jagaan kesihatan, penerima zakat dan mereka yang terjejas oleh Covid-19.



Ia adalah kerjasama antara Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), masjid, Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), Persatuan Rakyat (PA), inisiatif silang agama Roses Of Peace dan DPPMS.



Mengulas hari pertama inisiatif #SGUnited Buka Puasa, Encik Abu Bakar berkata ia telah "berjalan dengan jayanya".



"Meskipun hari pertama puasa (Jumaat) hujan turun agak lebat, tetapi alhamdulillah kami masih dapat mengagihkan paket makanan kepada golongan yang memerlukan dan mereka di barisan hadapan," ujarnya ketika dihubungi Berita Minggu (BM).



Inisiatif dari peringkat bawah atau 'ground up' itu meletakkan sasaran untuk mengagihkan 20,000 paket makanan setiap hari sepanjang Ramadan.



Daripada jumlah paket makanan yang diagihkan itu, lebih 6,500 paket makanan telah diagihkan di 20 kelab dan pusat masyarakat di seluruh Singapura, menurut seorang jurucakap Persatuan Rakyat (PA) semasa dihubungi.



Misalnya, di Kelab Masyarakat Henderson, sekitar 300 paket makanan telah diagihkan kepada 90 benefisiari pada hari pertama Ramadan.



Sementara itu, di Kelab Masyarakat Pasir Ris Elias, sekitar 400 bubur dan paket makanan telah diagihkan kepada penduduk berpendapatan rendah, tulis Menteri Kanan Encik Teo Chee Hean dalam satu pos yang dimuat naik di Facebook semalam.



Sukarelawan di kelab masyarakat itu, Encik Sharael Taha, dalam satu pos yang dimuat naik di Facebook semalam, berkata:



"Terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus di belakang tabir untuk menjayakan inisiatif hebat ini."



Mereka yang memerlukan boleh mengambil makanan di kelab dan pusat masyarakat ini pada setiap hari antara 5.15 petang dengan 6.15 petang, hingga 23 Mei.



Menurut Encik Abu Bakar pula, kira-kira 400 paket makanan telah diberikan kepada pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) kelmarin.



Sumbangan ini akan diberikan kepada mereka setiap hari.



Baki jumlah paket makanan disumbangkan kepada penerima bantuan kewangan zakat Muis.



Kongsi Encik Abu Bakar lagi, pengagihan paket makanan kepada petugas barisan hadapan di hospital akan dimulakan esok.



Pengagihan itu akan diberikan ke setiap hospital secara bergilir-gilir setiap hari.



Inisiatif #SGUnited Buka Puasa akan menyediakan paket makanan kepada 10 hospital di sini.



Mengenai jumlah dana yang dikumpulkan sejauh ini, Encik Abu Bakar menambah lebih $350,000 sudah dikumpul.



Jumlah itu hanya sekitar 17 peratus daripada sasaran $3 juta yang ditetapkan.



"Inisiatif ini timbul dari masyarakat untuk masyarakat. Daripada penderma ke tukang masak, penghantar dan sukarelawan, ini adalah usaha masyarakat.



"Saya harap orang ramai akan tampil menderma. Ini adalah peluang terbaik untuk kita membantu mereka yang sedang susah dan terjejas akibat Covid-19," tambah Encik Abu Bakar.




"Meskipun hari pertama puasa (Jumaat) hujan turun agak lebat, tetapi alhamdulillah kami masih dapat mengagihkan paket makanan kepada golongan yang memerlukan dan mereka di barisan hadapan... Inisiatif ini timbul dari masyarakat untuk masyarakat. Daripada penderma ke tukang masak, penghantar dan sukarelawan, ini adalah usaha masyarakat. Saya harap orang ramai akan tampil menderma. Ini adalah peluang terbaik untuk kita membantu mereka yang sedang susah dan terjejas akibat Covid-19."
- Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Abu Bakar Mohd Nor.




 INISIATIF #SGUNITED BUKA PUASA



  • Inisiatif bertujuan memberi paket makanan setiap hari bagi membantu golongan susah, pekerja jagaan kesihatan, penerima zakat dan mereka yang terjejas oleh Covid-19.

  • Ia dilancarkan pada 24 April hingga 23 Mei.

  • Inisiatif itu menetapkan sasaran pengumpulan dana sebanyak $3 juta. Sehingga semalam, lebih $350,000 dana dikumpulkan.

  • Orang ramai boleh mengambil bantuan makanan di 20 kelab masyarakat setiap hari antara 5.15 petang dengan 6.15 petang. Antara kelab masyarakat yang terlibat:

    - Kelab Masyarakat Bedok

    - Kelab Masyarakat Boon Lay

    - Kelab Masyarakat Nee Soon Central

    - Kelab Masyarakat Tampines Central

    - Kelab Masyarakat Teck Ghee

Untuk menderma:



Orang awam boleh menghulurkan bantuan dengan menderma melalui laman Giving.sg atau menerusi cek atau secara langsung kepada akaun bank yang disediakan oleh RLAF




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >