Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek 'bumbung hijau' Nparks, LTA atas perhentian bas

Sebahagian pelan 'sejukkan negara'
Sep 09, 2022 | 05:30 AM



DAUN menjalar di atas bumbung menyejukkan mata memandang, bahkan boleh mengurangkan hawa panas orang yang berlindung di bawahnya.



Sebagai sebahagian pelan untuk menyejukkan negara ini, Lembaga Taman Negara (NParks) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah melancarkan bumbung hijau di semua perhentian bas serata negara.



LTA berkata mereka bekerjasama dengan NParks untuk mengurangkan hawa kepanasan sekitaran dengan menyediakan pengalaman yang lebih selesa bagi pengguna jalan dan kenderaan awam, lapor akhbar The Straits Times.



Mereka juga berkata bahawa kajian awal menunjukkan bahawa bumbung sedemikian dapat mengurangkan suhu persekitaran dengan sekitar dua darjah Celsius.



Secara keseluruhan, sebanyak 150 perhentian bas - sekitar tiga peratus daripada 5,000 rangkaian Singapura - akan mempunyai bumbung dengan tumbuhan dedaun di atasnya. Ini juga merangkumi perhentian bas baru dan juga yang akan dinaik taraf.



"Hingga Julai tahun ini, kami telah menyiapkan 30 perhentian bas dengan bumbung hijau dan yang baki akan dipasang secara progresif dalam tempoh dua tahun," kata jurucakap LTA.



Antara contoh yang sedia ada adalah perhentian bas di Jalan Bukit Merah, Henderson Road dan Ang Mo Kio Avenue 1. Dua perhentian bas di Serangoon Central adalah antara perhentian bas yang terkini pempunyai bumbung seperti itu.



NParks berkata ia telah berkongsi dengan LTA jenis tumbuhan yang sesuai untuk digunakan.



Buat masa ini, tumbuhan renek, cyanotis cristata, yang biasa dikenali sebagai nabhali atau rumput embun jambul - dipilih kerana ketahanan dan keupayaannya untuk tumbuh dengan baik di bumbung hijau.



Ia menambah bahawa pokok renek itu juga mampu bertahan sendiri dan memerlukan penjagaan yang minimum seperti pemangkasan yang tidak kerap.



Kumpulan pengarah pemandangan NParks, Encik Oh Cheow Sheng, berkata:



"Menggabungkan kehijauan dalam prasarana adalah sebahagian daripada usaha kami dalam memperluaskan alam semula jadi ke landskap bandar, mendekatkan kehijauan kepada rakyat Singapura.



"Kehijauan di tingkat yang tinggi, seperti dinding hijau, bumbung hijau dan taman di bumbung bangunan akan menyejukkan bangunan tersebut dan menjadikannya lebih selesa untuk didiami, bekerja dan bermain, sambil mencantikkan bandar kita."



Profesor Madya Dr Winston Chow dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) berkata walaupun permukaan yang dipenuhi pohon berkesan dapat mengurangkan suhunya, kesannya pula terhadap suhu sekitaran "tidak begitu ketara".



"Anda memerlukann bumbung hijau yang lebar untuk meraih kesan tersebut," tambahnya.



Dr Chow, juga merupakan pengkaji utama dalam kajian menangani hawa bandar, Cooling Singapore, berkata:



"Kesan penyejukan di perhentian bas tidak akan dirasakan oleh orang awam yang sedang tunggu di perhentian bas itu. Pilihan yang lebih baik adalah untuk memberi tumpuan kepada memperbaiki tempat berteduh dan juga aliran udara.



"Pada pandangan saya, ini telah dilakukan dengan cukup baik di Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >