Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek Dian@M3 dekati 65% keluarga Melayu di flat sewa di bawah projek perintis

Mar 10, 2022 | 06:05 PM



PROJEK Dian@M3 telah mendekati hampir 65 peratus keluarga Melayu yang tinggal di tiga blok sewa fasa perintis di M3@Bedok, M3@Geylang Serai dan M3@Jalan Besar sejak Disember lalu, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.

Bercakap di perbahasan belanjawan ehwal masyarakat Islam di Parlimen pada Khamis (10 Mac), beliau turut mengumumkan pembentukan satu Jawatankuasa Pemandu Projek Dian untuk menyelaras usaha antara agensi pemerintah dan rakan kongsi masyarakat.

Kumpulan Operasi di setiap tiga bandar itu juga telah dibentuk untuk memahami keadaan dan keperluan setiap keluarga.





Projek Dian@M3 adalah satu  inisiatif yang bertujuan membantu keluarga yang tinggal di flat sewa meningkatkan pendapatan mereka dan berusaha untuk membeli dan memiliki flat sendiri.

“Kami memperkukuh sokongan bersepadu bagi keluarga di flat sewa ini dengan menghubungkan mereka kepada program masyarakat dan nasional, termasuk program ComLink oleh MSF, program Uplift oleh MOE dan program KidSTART oleh Ecda, demi melengkapkan usaha pemerintah dengan pendekatan yang sesuai dengan budaya dan nilai masyarakat Melayu,” kata Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >