Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek Dian@M3 mahu beri sokongan menyeluruh kepada keluarga tinggal di flat sewa

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI sembilan keluarga sejauh ini telah dilibatkan untuk menyertai satu program intervensi atau campur tangan awal bagi menyokong kanak-kanak yang tinggal di flat sewa.



Mereka merupakan sebahagian daripada 20 keluarga yang tinggal di flat sedemikian yang dijadikan 'sasaran' di bawah inisiatif baru Projek Dian@M3 itu.



Ahad lalu, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, telah melawat ke tiga flat sewa sedemikian dan cuba mengenali dan mendekati isi rumah keluarga tersebut.



Beliau ditemani beberapa duta M3 juga.



Antara lain, Dr Maliki mendapati bahawa keluarga yang dikunjungi berhadapan dengan masalah sosial lain yang turut akan diberi perhatian di bawah Projek Dian@M3.



Ini termasuk isu seperti pekerjaan, hak penjagaan anak dan kesihatan.



Ditemui selepas lawatan pagi itu, Dr Mohamad Maliki berkata kesemua keluarga yang ditemui memberi respons positif terhadap inisiatif intervensi awal itu.



"Mereka turut berkongsi tentang visi mereka, dan potensi anak-anak mereka yang sedang membesar.



"Mereka juga ingin anak-anak kecil yang tinggal bersama mereka mencapai kemampuan dan potensi terbaik dalam pelajaran.



"Mereka juga telah diberitahu bahawa para duta kami akan bekerjasama dengan mereka sebagai sebahagian daripada inisiatif ini," katanya lagi.



Semasa kunjungan tersebut, Dr Maliki meluangkan masa mengenali keluarga-keluarga tersebut dengan lebih mendalam, seperti jumlah kanak-kanak yang sesuai untuk program intervensi itu, anggota keluarga yang bekerja, ruang yang sesuai untuk dijadikan sudut pembelajaran serta lain-lain isu sosial yang dihadapi.



Di bawah inisiatif baru itu, para sukarelawan akan menjalani latihan hasil kerjasama Projek Dian@M3 dengan program KidSTART di bawah kendalian Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA).



Latihan akan menyasarkan terhadap kanak-kanak yang berusia antara tiga dengan enam tahun, dan bagaimana untuk melibatkan ibu bapa dalam pembelajaran serta perkembangan anak-anak mereka.



Sebanyak 20 keluarga flat sewa di tiga estet perumahan telah dikenal pasti bagi inisiatif perintis ini.



Mereka termasuk keluarga yang tinggal di Blok 38, Bedok South; Blok 1 Eunos Crescent dan Blok 19 Upper Boon Keng Road.



Inisiatif ini diselaraskan Pejabat Penyelarasan Penglibatan Masyarakat M Kuasa Tiga (M3) atau M³ ECO. Pejabat itu dibentuk kakitangan daripada Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) PA, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Yayasan Mendaki.



"Inisiatif ini juga membuka peluang kepada para duta untuk turut serta menyalurkan apa jua maklumat lain yang mungkin dikesan semasa kunjungan mereka kelak.



"Ini akan dapat dicapai apabila keluarga yang dihampiri sudah dapat menanam kepercayaan terhadap para duta kami," ujarnya lagi.



Yang pasti, duta-duta ini juga akan diberi maklumat tentang latar belakang keluarga yang bakal mereka temui sebelum melangkah masuk ke flat tersebut.



Dan para duta ini juga akan dilengkapkan dengan kemahiran serta pengetahuan sebelum masuk ke flat-flat sewa itu.



Difahamkan latihan dijangka bermula sekitar bulan depan.



Dianggarkan terdapat sekitar 2,300 keluarga Melayu yang tinggal di flat sewa buat kali pertama, dan mempunyai seorang anak berusia enam tahun ke bawah.



Sekitar 60 peratus daripada mereka mempunyai seorang anak berusia tiga tahun ke bawah.



Projek Dian@M3 diperkenalkan tahun lalu bagi menyokong mobiliti sosial penghuni flat sewa agar mereka dapat memiliki flat sendiri.



Pada masa yang sama, ia diharap dapat menawarkan sokongan lebih menyeluruh bagi keluarga tersebut.



"Mereka turut berkongsi tentang visi mereka, dan potensi anak-anak mereka yang sedang membesar.




Mereka juga ingin anak-anak kecil yang tinggal bersama mereka mencapai kemampuan dan potensi terbaik dalam pelajaran.



Mereka juga telah diberitahu bahawa para duta kami akan bekerjasama dengan mereka sebagai sebahagian daripada inisiatif ini."
- Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri di Pejabat Perdana Menteri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >