Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek Kampong Glam cerita kisah unik niaga warisan

Nov 27, 2022 | 05:30 AM



PROJEK Penglibatan Warga Kampong Glam, yang dijalankan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pembangunan Semula Bandar (URA) telah dimuktamadkan oleh Lembaga Warisan Negara (NHB) dengan penghasilan buku dan juga laman digital yang memetakan dan mendokumenkan 45 perniagaan warisan di Kampong Glam.



Projek perintis itu telah mengumpulkan 47 sukarelawan yang menyahut seruan terbuka untuk mendokumentasikan kisah unik di sebalik perniagaan warisan Kampong Glam dan bagaimana mereka telah menyumbang kepada identiti budaya unik presint itu.



Tetamu terhormat, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, merasmikan acara itu.



Katanya: "Ini adalah pendekatan bermakna kerana kita sudah tahu kedai-kedai yang kita sering melanggani, tetapi kita tidak tahu sejarahnya. Dengan adanya pendekatan ini, ia sekali gus memberikan kita maklumat dan memberi ruang untuk perniagaan-perniagaan ini untuk terus membangunkan Kampong Glam menjadi satu daerah yang kukuh dan boleh berdaya tahan, tidak kira masa atau krisis yang akan kita hadapi."



Penemuan daripada projek itu akan membimbing inisiatif dan perkongsian masa depan dengan komuniti Kampong Glam dan agensi rakan kongsi untuk memelihara identiti dan watak presint dengan lebih baik.



Dr Faishal berkongsi bahawa selaras dengan usaha itu, URA dan Perikatan Kampung Gelam atau dikenali sebagai Kampong Gelam Alliance (KGA) telah melancarkan Draf Perancangan Daerah untuk mendapatkan maklum balas dan idea daripada masyarakat umum dengan memberikan ruang untuk mengukuhkan lagi perancangan masa depan kawasan bersejarah Kampong Glam.



Usaha para sukarelawan yang telah menghasilkan sebuah buku dan peta digital lokasi perniagaan warisan ini di portal sumber NHB, Roots.gov.sg, boleh dilawati oleh orang awam yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan warisan yang menjadikan Kampong Glam sebagai pusat budaya yang kaya pada hari ini.



Salah seorang sukarelawan yang terlibat ialah seorang penjawat awam, Encik Fuad Johari, 34 tahun, yang mempunyai kaitan sejarah dengan Kampung Glam kerana kedua orang tuanya berasal dari sini.



"Saya ingat sewaktu kecil saya selalu datang ke sini untuk menziarah keluarga saya yang pada masa itu masih tinggal di sini, hingga pertengahan tahun 1980-an," kata Encik Fuad. Beliau berkata peluang ini sangat berharga untuknya kerana dapat lebih mengetahui tentang sejarah daerah ini, sekali gus tentang latar belakang keluarganya juga.



Tambah Dr. Faishal: "Kampong Glam adalah sebuah presint unik yang penuh dengan warisan, budaya dan pelbagai warisan generasi. Penemuan daripada projek penglibatan rakyat akan berguna untuk NHB, URA, agensi lain dan pihak berkepentingan tempatan untuk lebih memahami situasi di lapangan dan menyokong usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang presint, dan identiti budayanya yang unik."



Beliau berharap lebih ramai rakyat Singapura akan mendapat inspirasi daripada cerita yang didokumentasikan dan mempunyai penghargaan yang baru terhadap perniagaan warisan di Kampong Glam.



Dalam Draf Perancangan Daerah, KGA telah mencadangkan pelbagai kemungkinan inisiatif untuk mengekalkan, mempromosikan dan meraikan masyarakat, budaya dan warisan serta semangat perusahaan di kawasan bersejarah Kampung Glam.



Timbalan Ketua Eksekutif NHB, Encik Alvin Tan, berkata: "Dengan kejayaan pelancaran projek perintis yang bermula di Kampong Glam ini, kami ingin melakarkan yang sama untuk kawasan-kawasan bersejarah lain seperti Chinatown dan Little India di dalam masa terdekat ini."



Orang ramai digalakkan memberi maklum balas tentang pelan itu melalui pautan www.listentokg.org dan mengisi tinjauan ringkas di laman itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >