Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Projek kecil tapi tinggalkan kesan besar kepada masyarakat

Fahmi: Program sukarela beri semangat terus berbakti
Apr 28, 2021 | 05:30 AM



PROGRAM untuk membantu masyarakat yang melibatkan sukarelawan seperti mengagihkan makanan mungkin kelihatan seperti projek kecil, tetapi ia mendatangkan kesan yang besar kepada masyarakat, kata Mayor Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Fahmi Aliman.



Bercakap kepada wartawan selepas menyertai pasukan sukarelawan yang memberi makanan di Eunos Crescent dan Haig Road pada Sabtu lalu, Encik Fahmi berkata:



"Saya rasa pada masa hadapan, program-program seperti ini akan membantu memberi semangat kepada sukarelawan untuk membuat sesuatu yang nampak kecil pada pandangan mata tetapi besar kesannya kepada masyarakat."



Sepanjang Ramadan ini, sukarelawan dari M3@Geylang Serai - yang diterajui Encik Fahmi - akan mengadakan pengagihan bubur dan barangan dapur setiap Sabtu dari 17 April hingga 8 Mei.



Dalam kenyataannya, Persatuan Rakyat (PA) berkata projek itu akan memberi manfaat kepada 680 keluarga Melayu/Islam, termasuk lebih 500 yang tinggal di flat sewa di Eunos Crescent, Marine Crescent dan Marine Terrace.



Seramai 150 sukarelawan dari Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) di kelab-kelab masyarakat Geylang Serai, Kembangan-Chai Chee dan Marine Parade akan pergi dari pintu ke pintu untuk memberikan bubur dan barangan dapur kepada keluarga di sana.



Antara lain, mereka juga disertai pelajar dari Sekolah Menengah Perempuan Cedar, Sekolah Perempuan Raffles dan kakitangan Singapore Airlines serta Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Acara pengagihan bubur semasa Ramadan itu adalah yang pertama dianjurkan oleh M3@Geylang, sejak ia ditubuhkan beberapa bulan lalu.



MAEC Geylang Serai CC dan M3@Geylang Serai juga menganjurkan sesi berbuka puasa maya pada Sabtu lalu, yang disiarkan secara langsung di Facebook.



Menurut Encik Fahmi, yang juga penasihat kepada pertubuhan akar umbi di GRC Marine Parade, kegiatan-kegiatan sedemikian dilakukan untuk memenuhi jangkaan penduduk dan melibatkan mereka dalam kegiatan bersama.



Menambah, Encik Fahmi berkata manfaat mengadakan program sedemikian melebihi yang diraih oleh penerima habuan.



"Saya rasa ini satu-satunya wadah di mana kita boleh membawa sukarelawan mendekati masyarakat," ujar beliau, yang berkata sukarelawan yang 'turun padang' adalah dari sekolah-sekolah dan orang yang bekerja.



"Saya berbangga mereka turun padang membantu saya untuk memberi habuan ini dan mendekatkan diri dengan masyarakat," ujar Encik Fahmi lagi.



Salah seorang sukarelawan yang menghulur bantuan minggu lalu ialah Muhammad Idraqi Omar, 15 tahun, dari Sekolah Menengah Canberra.



Idraqi berkata melakukan kerja-kerja sukarela telah menjadikannya lebih sedar tentang peri penting bekerja keras untuk mencapai sesuatu matlamat dan membantunya menjadi orang yang lebih baik.



"Saya membuat kerja-kerja sukarela ini kerana saya ingin menjadikan masyarakat kita tempat lebih baik dan saya ingin meluangkan masa lapang saya untuk melakukan usaha-usaha mulia seperti ini.



"Tidak semua orang berkemampuan dan kita harus sentiasa bersedia membantu mereka."



Seorang penduduk yang menerima habuan ialah Encik Muhammad Firdaus Akbar, 35 tahun.



Beliau berkata: "Saya rasa gembira dan amat terharu dibantu pada Ramadan ini.



"Walaupun kami susah, bantuan sebegini membuat kami rasa bertuah dan gembira... barang yang diberi boleh kami seisi keluarga gunakan, apatah lagi untuk berbuka puasa."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >