Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek kereta api kelajuan tinggi KL-S’pura dibatalkan, M'sia perlu bayar kos pampasan

Jan 01, 2021 | 10:04 AM





PROJEK Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura telah dibatalkan, setelah kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang disarankan Malaysia menjelang tarikh akhir 31 Disember 2020.



Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkannya dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (1 Januari).


Menurut kenyataan itu, kerajaan Malaysia telah menyarankan beberapa perubahan kepada projek HSR memandangkan kesan Covid-19 kepada ekonomi Malaysia.


“Kedua-dua pemerintah telah mengadakan beberapa perbincangan mengenai perubahan itu dan tidak dapat mencapai persetujuan.


“Oleh itu, Perjanjian HSR telah luput pada 31 Disember 2020,” menurut kenyataan itu.


Kenyataan itu juga berkata kedua-dua negara akan mematuhi kewajipan masing-masing, dan akan meneruskan dengan tindakan yang diperlukan, menyusuli pembatalan Perjanjian HSR itu.



Dalam satu kenyataan berasingan, Kementerian Pengangkutan Singapura, berkata Malaysia telah membolehkan perjanjian dua hala itu dibatalkan, dan perlu membayar pampasan kepada Singapura bagi kos yang sudah ditanggung, sejajar dengan perjanjian itu.



Menurut kenyataan bersama itu lagi: “Kedua-dua negara kekal komited untuk memelihara hubungan dua hala yang baik, dan bekerjasama rapat dalam pelbagai bidang, termasuk memperkukuh ketersambungan antara dua negara."


Kenyataan bersama itu dikeluarkan selepas tarikh akhir bagi keputusan untuk dibuat bagi projek dua hala yang telah ditangguh dua kali itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >