Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek pupuk semangat sungguh-sungguh laksana kewajipan

May 09, 2022 | 05:30 AM



SELAMA 11 tahun, seorang pesalah dadah, Haikal (bukan nama sebenar), terpisah daripada anak perempuannya.



Namun, setelah menjalani program Bapa Sepanjang Hayat Februari lalu, Haikal, yang keluar masuk penjara sejak remaja, dapat membina semula hubungannya dengan anaknya itu, yang dijaga keluarga ibunya, yang sudah berumah tangga semula.



Ini memberi Haikal, 35 tahun, motivasi baru untuk memastikan hukuman penjaranya yang ketujuh menjadi yang terakhir.



Jadi apabila Haikal dilantik sebagai duta pembersihan sekitaran Projek Blue WaVe, penghuni Rumah Peralihan Pertapis itu bertekad menjalankan tanggungjawab tersebut dengan bersungguh-sungguh dan tidak memandangnya "setakat satu lagi program kemasyarakatan yang perlu dilalui".



Projek kemasyarakatan seperti itu bukan baru bagi tahanan yang telah keluar masuk penjara bagi kesalahan dadah dan kegiatan samseng sejak berusia 16 tahun itu.



Haikal berkata beliau yakin program itu dapat membina keyakinan dirinya sebelum pulang ke pangkuan masyarakat dan membuatnya melaksana tanggungjawab dengan jujur.



"Keputusan untuk menjadi seorang duta terus terang, bukan mudah," katanya ketika ditemui semasa sesi projek pembersihan itu di Pantai Sembawang.



"Ya betul ia satu program yang kami harus lakukan sebagai sebahagian CPB (Program Berasaskan Masyarakat) kami, tapi ia satu tanggungjawab besar untuk saya," ujarnya.



CPB ialah peringkat penghujung hukuman penjara bagi pesalah Kanun Keseksaan. Skim Rumah Peralihan salah satu daripada tiga program CPB. Dua lagi ialah Skim Persiapan Pekerjaan (EmPS) dan Skim Penahanan di Rumah.



"Pada awalnya, saya tertekan sebab perlu mendidik dan memimpin teman saya untuk meyakinkan mereka bahawa adalah penting untuk jaga sekitaran kita. Maksud saya, ia sesuatu pengajaran yang kami sudah tahu kan?



"Jadi saya berulang kali mengingatkan diri saya supaya melakukan program ini dengan ikhlas dan jujur sebab saya yakin ia akan memberi manfaat kepada saya apabila saya bebas nanti.



"Bila keluar kerja nanti, majikan suruh buat kerja atau anjurkan acara tak mungkin saya menolak kan?" ujar Haikal.



Beliau, antara 10 bakal duta Projek Blue WaVe dari rumah peralihan itu, juga berkata beliau agak segan menjadi seorang pemimpin kepada 14 kawannya.



"Nasib baik kalau saya goyang, ada duta lain yang bekerjasama dengan saya," sambungnya, sambil menambah bahawa nilai kerjasama adalah satu pengajaran sangat bermanfaat yang dipelajarinya menerusi program itu.



Program tersebut juga menjadi antara pencapaian Haikal dalam perjalanannya menuju ke arah pemulihan.



Februari lalu, Haikal lulus sijil Nitec di Sekolah Penjara dan menjalani program Bapa Sepanjang Hayat di mana beliau diajar kemahiran membina semula hubungan dengan anak perempuannya itu.



Haikal berkata sudah terlalu lewat untuk menyalahkan peristiwa lama sebagai punca tabiat buruknya.



Beliau diperkenal kepada dadah Subutex pada usia 14 tahun, yang disalah gunanya sebagai laluan keluar bagi masalah kewangan yang menimpa keluarganya dahulu. Masalah itu membuat rumah mereka hampir dirampas.



Tekanan daripada peristiwa itu dan pemiutang wang yang asyik mengganggu ketenteraman hidupnya membuat Haikal memutuskan menjauhkan dirinya dari rumah.



"Sejak itu saya hidup dalam gelap. Saya tak pergi sekolah dan menjual dadah untuk pak cik saya untuk dapat gaji.



"Kemudian saya pula terlibat dalam kumpulan samseng dan telah beberapa kali terlibat dalam rusuhan atau kegiatan berkaitnya.



"Tapi sudah terlalu lewat untuk saya salahkan tabiat saya kerana cerita lama," katanya dengan nada kesal.



"Ibu bapa saya dan abang saya sudah mula mencapai kejayaan masing-masing dan bangkit semula daripada peristiwa itu.



"Cuma tinggal saya sahaja yang ketinggalan dalam zaman gelap itu dan tak mahu keluar daripadanya.



"Sekarang saya hanya mahu habiskan hukuman, dapat kerja baik dan cuba sebaik mungkin menyokong anak saya dan pulihkan hubungan saya dengan keluarga saya semula."




"Sekarang saya hanya mahu habiskan hukuman, dapat kerja baik dan cuba sebaik mungkin menyokong anak saya dan pulihkan hubungan saya dengan keluarga saya semula."
- Haikal, bakal duta pembersihan sekitaran Projek Blue WaVe daripada Rumah Peralihan Pertapis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >