Projek RTS S'pura-JB ditunda hingga 30 Sep
M'sia setuju bayar balik lebih $600,000 kepada S'pura ekoran penggantungan projek
May 22, 2019 | 05:30 AM
SINGAPURA dan Malaysia telah menandatangani satu perjanjian untuk menangguhkan pembinaan projek Sistem Gerak Cepat (RTS) Singapura-Johor sehingga 30 September ini.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Malaysia akan membayar balik lebih $600,000 kepada Singapura ekoran akibat penggantungan tersebut itu.