Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek sepadu akar umbi untuk bantu warga emas

Jan 09, 2023 | 05:30 AM



PENDUDUK menua dalam kalangan warga emas Singapura adalah satu keutamaan dan pemerintah akan memperuntuk lebih banyak sumber bagi membantu pertubuhan akar umbi menyepadukan projek masyarakat yang bermakna bagi warga emas.



Demikian kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, kepada media semasa sesi Lawatan Masyarakat Menteri ke kawasan undi Cheng San-Seletar, di Ang Mo Kio Avenue 10 semalam. Lebih 40 peratus penduduk kawasan itu berusia lebih 50 tahun.



Lawatan Encik Ong dihos penasihat kepada pertubuhan akar umbi (GRO) GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin.



Dalam lawatannya, Encik Ong bertemu dan beramah-tamah dengan ramai penduduk dan mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif yang sedang dijalankan serta inisiatif yang akan dilancarkan bagi menyokong kesihatan mental mereka.



Antaranya ialah sebuah program perintis yang dilancarkan dengan kerjasama Singapore Post Limited (SingPost) September lalu dan akan diluaskan daripada tiga kepada tujuh blok flat HDB.



Apabila posmen menghantar surat dan mendapati peti surat penuh dengan surat-surat yang tidak diambil, beliau akan segera memberitahu Kelab Masyarakat Cheng San bagi mengatur sukarelawan akar umbi melawat penduduk berkenaan bagi memastikan keselamatannya.



Seorang pemeriksa pos, Encik Mohammad Sophian Ab Kadir, yang menyelia 28 posmen di Ang Mo Kio, berkata: "Kami memantau peti surat itu selama seminggu. Jika ada surat tidak diambil, kami akan memaklumkan Kelab Masyarakat Cheng San."



Sejauh ini, penduduk yang diperiska berada dalam keadaan sihat, ujar beliau.



Untuk mendekati warga emas tidak terlibat dalam kegiatan anjuran kawasan undi itu, GRO akan bekerjasama rapat dengan agensi perkhidmatan sosial dan penjaja serta peniaga, dan melatih mereka untuk "pasang mata dan telinga" demi menjaga kebajikan warga emas yang menunjukkan tanda tertekan atau yang tidak muncul beberapa hari.



Buat permulaan, sekitar 20 penjaja akan menyertai usaha perintis itu.



Bercakap kepada media, Cik Nadia, yang juga seorang Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, berkata: "Covid-19 telah meninggalkan kesan kuat yang membuat ramai warga emas berasa takut dan ini menyebabkan mereka berasa terasing dan tidak tahu siapa dapat membantu.



"Justeru adalah penting kita, tidak kira jiran mahupun penjaja, memantau warga emas dalam masyarakat."



Menambah harapannya berkaitan usaha-usaha yang telah dilancarkan, Encik Ong berkata:



"Jika kita mengembangkan skala projek-projek ini seberapa banyak yang mungkin, saya percaya kita boleh mencapai sekitar 20 peratus daripada warga emas di kawasan ini.



"Pada masa ini, separuh daripada warga emas secara semula jadi berkumpul di kedai-kedai kopi dan pusat-pusat penjaja di estet-estet HDB untuk bersembang, tetapi masih terdapat sekitar 20 peratus warga emas yang belum dapat di capai.



"Sekitar 30 peratus pula duduk di rumah sepanjang hari, mereka mungkin tinggal bersendirian dan tidak mempunyai pengunjung atau interaksi yang sedikit. Itulah golongan warga tua yang kami ingin membantu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >