Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Projek Wolbachia jaya kekang pembiakan nyamuk Aedes

Oct 06, 2022 | 05:30 AM



LANGKAH melepaskan nyamuk untuk memerangi denggi sebagai sebahagian projek di pelbagai estet perumahan di sini telah menyebabkan sesetengah penduduk yang tidak tahu tentang langkah itu berasa cemas.



Dinamakan Projek Wolbachia, usaha ini melibatkan langkah melepaskan nyamuk yang dijangkiti dengan bakteria Wolbachia untuk mengawal jumlah nyamuk Aedes aegypti, yang menyebarkan denggi.



"Seorang pegawai pentadbiran prasekolah yang tidak tahu projek itu telah mula menyatakan bahawa sekolah itu tiba-tiba melihat sejumlah nyamuk yang banyak, hingga menyebabkan rasa takut dan cemas dalam kalangan kanak-kanak," ujar Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris- Punggol).



Bercakap di Parlimen semalam, Cik Yeo berkata beberapa penduduk juga memberi maklum balas bahawa mereka lebih kerap digigit nyamuk dan menurut salah seorang daripada mereka, ini juga menyebabkan ruam dan kulit sensitif.



Dalam responsnya di Parlimen semalam, Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, berkata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah mendekati masyarakat pada 30 Ogos lalu tentang pelepasan nyamuk itu di Punggol, termasuk dengan menyampaikan surat kepada penduduk dari rumah ke rumah.



Projek Wolbachia kini dijalankan di 13 kawasan termasuk Punggol dan Sengkang.



Tambahnya, usaha mendekati penduduk yang lebih khusus dan langsung juga akan dikaji, seperti langkah mendekati penduduk dari rumah ke rumah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat.



Pada permulaan projek itu di kawasan baru, Encik Baey berkata NEA biasanya menerima lebih banyak maklum balas tentang nyamuk namun penduduk lama-kelamaan menjadi terbiasa dengannya.



Namun, data NEA menunjukkan bahawa selepas beberapa bulan nyamuk itu dilepaskan, jumlah nyamuk Aedes aegypti jatuh ke paras amat rendah, berkurangan hingga 98 peratus, ujarnya.



Tambahnya, jumlah kes denggi juga berkurangan hingga 70 peratus di tapak kajian, dengan sekurang-kurangnya setahun nyamuk itu dilepaskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >