Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Promosi seni, warisan: Janice Koh terima penghargaan dari Perancis

Jun 09, 2022 | 05:30 AM



BAGI pelakon Janice Koh, pelakon kurang kemungkinannya menerima sanjungan nasional berbanding penulis, pelukis, komposer dan pembuat filem, yang karyanya lebih nyata.



Justeru ia merupakan detik yang amat memuaskan hati baginya apabila duta Perancis yang ke Singapura Marc Abensour melekatkan medalion ke dadanya Isnin lalu.



Di Wild Rice Theatre yang terletak di Funan, beliau dinobatkan sebagai 'Knight of the Order of Arts and Letters' - atau Chevalier dans l'Ordre des Arts et des Lettres - yang pelakon wanita berusia 48 tahun itu menyifatkan sebagai satu-satunya penghormatan nasional yang beliau mungkin beliau terima dalam seumur hidupnya bagi mengiktiraf kerjanya.



"Mungkin ia kerana pelakon tidak menciptakan apa-apa yang nyata. Kami tidak menciptakan apa-apa," kata Cik Koh kepada pelakon tempatan dan pegawai Perancis yang hadir.



"Kami salurkan, kami mendiami, kami memberi semangat kepada ruang itu, kami mengisi kesunyian. (Anugerah itu) memberitahu kami artis dan pelakon bahawa kami dihargai dan kami layak diraikan."



Acaranya merupakan yang terakhir dalam tiga majlis yang diadakan pada Mei dan Jun oleh Kedutaan Perancis bagi menganugerahkan tiga warga Singapura reben hijau bagi mengiktiraf usaha mereka dalam mempromosikan seni dan warisan di sini, selalunya dengan kerjasama bersama artis dan pegawai Perancis.



Order of Arts and Letters merupakan anugerah yang ditubuhkan pada 1957 oleh Kementerian Kebudayaan Perancis untuk mengiktiraf mereka yang telah membuat sumbangan besar kepada seni dan sastera.



Sejauh ini, seramai 40 warga Singapura telah menerimanya.



Terdapat dua lagi penerima tahun ini: pengarah kanan pembangunan pelancongan di Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Cik Pamelia Lee, yang diiktiraf atas kerjanya dalam memelihara bangunan bersejarah seperti Empress Place dan Chijmes, dan pengarah Festival Fotografi Antarabangsa Singapura, Cik Gwen Lee, yang usahanya telah membolehkan 18 jurugambar Perancis untuk diundang ke festival tersebut sepanjang tujuh edisinya.



Cik Koh dipuji kerana membintangi pementasan disanjung umum seperti The Reunification Of Two Koreas oleh pengarah dan penulis Perancis Joel Pommerat, yang habis dijual di Singapura dan Perancis pada 2018.



Pementasan beliau yang terbaharu di Festival Seni Antarabangsa Singapura, Salome, sebuah tragedi tulisan Encik Oscar Wilde di Perancis dan diarah pengarah Singapura, Encik Ong Keng Sen, serta peranannya dalam penerbitan Pangdemonium bagi trilogi The Father, The Son and The Mother oleh penulis novel Perancis, Encik Florian Zeller melanjutkan keterkaitannya dengan Perancis.



Encik Abensour berkata:



"Sumbangan anda dan komitmen anda terhadap persada seni Singapura besar nilainya. Anda telah bekerjasama dengan penulis drama terbaik dan anda selalu mendedikasikan diri anda sepenuhnya kepada watak berbeza yang anda mainkan di pentas atau di skrin."



Beliau menambah:



"Persahabatan anda dengan Perancis istimewa. Melebihi peranan anda baru-baru ini...anda hadir di setiap langkah kerjasama antara Singapura dengan Perancis yang amat membuahkan hasil dalam seni persembahan sepanjang tahun-tahun lalu."



Ia merupakan malam yang penuh emosi buat pelakon itu yang telah menciptakan kerjaya dalam dunia teater, perfileman dan televisyen.



Pada satu ketika itu, beliau tidak dapat menahan sebak apabila mengakui bahawa minatnya terhadap teater tidak dapat dipisahkan daripada pengorbanannya yang terlepas detik penting dalam kehidupan kedua-dua anak lelakinya disebabkan jadual yang sangat sibuk.



Encik Abensour berkata jawatan Cik Koh sebagai anggota parlimen dilantik (NMP) dari 2011 hingga 2014 juga menyumbang kepada keputusan untuk memberinya anugerah tersebut, kerana beliau telah mempromosikan sektor seni dan kreatif dengan penuh semangat, dan memperjuangkan peranannya yang penting dalam kreativiti, sejarah dan identiti Singapura.



Secara global, seramai 960 orang diberi pingat tersebut oleh pemerintah Perancis setiap tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >