Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Proses kastam lebih pantas bagi eksport S'pura ke negara Asean

Jun 08, 2022 | 05:30 AM



MENJELANG 2025, syarikat yang diiktiraf Kastam Singapura sebagai mempunyai amalan keselamatan yang teguh akan dapat melalui proses kastam lebih pantas bagi barangan mereka yang dieksport ke negara Asean.



Rancangan itu adalah untuk firma Singapura menjalani pemeriksaan dokumentari dan kargo yang dikurangkan.



Ini dapat menjadi kenyataan di bawah persetujuan yang dicapai oleh para ketua Kastam Asean semalam.



Firma di bawah aturan ini dijangka mematuhi amalan keselamatan seperti pemeriksaan risiko pelanggan.



Perkembangan itu dicapai di bawah pelan tindakan bersama mengenai Aturan Pengiktirafan Bersama (MRA) bagi program Pengendali Ekonomi Dibenarkan yang dilancarkan oleh Kastam Singapura dan rakan sejawatannya di Asean.



MRA, yang akan ditandatangani oleh 10 negara Asean akhir tahun ini, bertujuan untuk meningkatkan keselamatan rantaian bekalan dan memudahkan perdagangan di rantau ini.



Syarikat di bawah aturan ini termasuk sekitar 90 firma di Singapura setakat ini, perlu dinilai berdasarkan rangka kerja perdagangan global sebelum mereka boleh diiktiraf sebagai mempunyai risiko yang lebih rendah.



Menyentuh tentang peranan penting yang dimainkan kastam dalam usaha tersebut, beliau berkata negara Asean berpeluang meraih manfaat daripada kerjasama antara kastam negara dan rakan kongsi perdagangan utama.



Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, yang memberi ucapan dalam majlis di Hotel Hilton Singapore Orchard semalam, berkata para peniaga akan menikmati faedah seperti mendapat keutamaan untuk pemeriksaan kargo dan pelepasan kastam yang dipercepatkan semasa gangguan perdagangan.



"Faedahnya adalah besar. Kajian telah menunjukkan bahawa aturan sedemikian boleh meningkatkan kecekapan pelepasan kastam sebanyak 30 peratus atau lebih,'' kata Encik Wong.



"Bagi perniagaan, ia bermakna penjimatan kos yang lebih tinggi (disebabkan mereka boleh meramal pergerakan kargo dengan lebih baik). Bagi negara Asean, ia bermakna perdagangan yang lebih cekap antara satu sama lain," tambahnya.



Dalam pada itu, Encik Wong berkata negara-negara Asean perlu bekerjasama lebih rapat antara satu sama lain dan juga dengan negara dunia bagi memastikan pertubuhan itu dapat terus berkembang, makmur serta mengekalkan tarikannya kepada pelabur luar negara.



Integrasi lebih kukuh itu penting sedang ekonomi negara Asean kini lebih banyak terkait dan bergantung pada satu sama lain, tambahnya sehari selepas diumumkan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong bahawa Encik Wong bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri (DPM) Singapura mulai 13 Jun ini.



Encik Wong berkata di sebalik keprihatinan mengenai perkembangan perdagangan Asean pada jangka terdekat - antaranya disebabkan gangguan terhadap rantaian bekalan gara-gara Covid-19 - rancangan bagi pertumbuhan Asean pada jangka panjang masih tidak terjejas, dan rantau ini "kekal dalam perjalanan untuk menjadi ekonomi keempat paling besar dunia pada 2030".



"Namun, dengan cabaran jangka pendek yang dihadapi, kita perlu mempertingkat usaha kerjasama bagi memastikan Asean kekal menarik sebagai destinasi pelaburan luar negara.



"Malah, ekonomi Asean juga saling bergantung pada satu sama lain... justeru untuk memastikan pertumbuhan dan kemakmuran berpanjangan di rantau ini, kita perlu mewujudkan integrasi lebih rapat antara satu sama lain dan juga negara dunia," kata beliau.



Encik Wong menambah bahawa negara Asean bergantung pada satu sama lain untuk mendapatkan sumber penting dan juga barangan seperti mesin elektrik, minyak dan bahagian serta aksesori kereta.




"... dengan cabaran jangka pendek yang dihadapi, kita perlu mempertingkat usaha kerjasama bagi memastikan Asean kekal menarik sebagai destinasi pelaburan luar negara. Malah, ekonomi Asean juga saling bergantung pada satu sama lain... justeru untuk memastikan pertumbuhan dan kemakmuran berpanjangan di rantau ini, kita perlu mewujudkan integrasi lebih rapat antara satu sama lain dan juga negara dunia."
- Encik Lawrence Wong, Menteri Kewangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >