Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

PSP kemukakan enam calon terakhirnya tapi tanpa Lee Hsien Yang

Jun 26, 2020 | 05:31 PM



PARTI Kemajuan Singapura (PSP) pada Jumaat (26 Jun) mengemukakan enam daripada 24 calon terakhirnya yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum tahun ini.



Namun, Encik Lee Hsien Yang, yang menyertai PSP tiga bulan lalu tidak dikemukakan.



Encik Lee diberikan kad keahliannya sewaktu satu pertemuan makan pagi di Pasar Tiong Bahru pada Rabu, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa beliau bakal bertanding sebagai calon.


Ketua parti itu, Encik Tan Cheng Bock, memberitahu media sewaktu persidangan dalam talian bahawa barisan calon parti itu masih boleh diubah kerana terdapat lagi empat hari sebelum tibanya Hari Penamaan Calon pada 30 Jun.



Enam calon yang dikemukakan tadi ialah pengarang dan perunding kewangan bertauliah, Encik Lim Cher Hong 42 tahun; pendidik individu dewasa, Cik Kala Manickam, 52 tahun; penolong setiausaha agung parti Leong Mun Wai, 60 tahun; juruterbang Syarikat Penerbangan Singapura (SIA), Encik Terence Soon, 29 tahun; jurutera keselamatan kebakaran, Encik Abdul Rahman Mohamad, 67 tahun; dan Encik Jeffrey Khoo Poh Tiong, Ketua Pegawai Pemasaran Asia-Pasifik firma insurans antarabangsa Ed.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >