PUAN Noor Aishah Salim, isteri mantan presiden pertama Singapura Allahyarham Yusof Ishak, akan diberi penghormatan memasuki Dewan Termasyhur Wanita Singapura atau Singapore Women's Hall of Fame (SWHF).
Beliau, 84 tahun, akan diberi piala SWHF yang digelar Obor atau Flame oleh Presiden Halimah Yacob dalam majlis penganugerahan malam ini.
Dewan Termasyhur Wanita Singapura dilancar Majlis Perwakilan Wanita Singapura (SCWO), pada 2014 untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian serta sumbangan wanita Singapura.
Presiden Halimah, penaung majlis tersebut, juga antara mereka yang tersenarai dalam Dewan tersebut semasa dilancar.
Puan Noor Aishah akan menyertai 11 lagi wanita kali ini.
Mereka termasuk Cik Claire Chiang, pengasas bersama syarikat Banyan Tree Holdings; dan mendiang Dr Miranda Yap, saintis bioperubatan.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong pernah menyifatkan Puan Noor Aishah sebagai wanita yang telah menyentuh jiwa warga Singapura dengan kesungguhan, sikap rendah hati dan keanggunannya.
Sebagai penerima geran Skim Pembangunan Bakat Penterjemahan (TTDS), Cik Nor Djannah Djohan, mendapat sokongan yang tidak ternilai dalam usahanya mengejar kecemerlangan linguistik.
Selain membantu
Sejujurnya, penulis jarang sekali mendengar lagu genre hip-hop, tidak kira dalam Bahasa Melayu mahupun Inggeris.
Tapi, meremang pula apabila mendengar korus lagu, Perlu, sajian terbaru daripada Luca
Dari awal kemunculannya sebagai artis rakaman sekitar lapan tahun lalu, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, bagaikan sudah memiliki formula mengecapi jaya dengan keupayaan menghasilkan lagu tular
Dalam satu kajian yang dijalankan atas tugasan syarikat penyedia khidmat jagaan kesihatan, Wellsoon, di Practice Plus Group baru-baru ini, seramai 2,000 orang dewasa ditanya mengenai tanggapan
Pada pendengaran pertama, lagu Tak Perlu Memiliki nyanyian Lyodra amat serupa dengan balada cinta yang sering kedengaran di corong radio dan aplikasi penstriman.
Namun, apabila penulis cuba
Selepas sedekad menyepi daripada penerbitan program televisyen, pasangan suami isteri yang juga pengasas bersama syarikat Screenbox, Encik Sujimy Mohamad dan Cik Haslinda Ali, kembali beraksi dengan
Seiring peningkatan usia, perubahan daripada aspek kesihatan jasmani, mental dan keupayaan diri akan berlaku.
Keupayaan memahami dan berkomunikasi akan berkurangan.
Oleh itu, adalah penting untuk
Penuaan adalah proses semula jadi yang melibatkan perubahan jasmani, mental, dan emosi yang berlaku seiring perjalanan masa.
Ia merupakan titik penting dalam kehidupan manusia dan memerlukan pemahaman
Dengan rambut palsu berwarna biru berserta solekan wajah fantasi menggayakan watak Aomine Daiki daripada anime bertajuk Kuroko no Basuke, beliau merayau-rayau sambil meneroka keindahan Jepun, negara

Mengulas senarai wanita yang disertakan dalam SWHF kali ini, Duta Kelana Profesor Tommy Koh, yang mempengerusikan panel pemilihan SWHF, berkata:
"Berkongsi kisah wanita terbilang ini akan membantu memberi belia contoh wanita yang mempunyai perwatakan kuat dan berjaya sekali gus mendorong mereka menjalani kehidupan bermakna, memburu minat dan mengejar impian."
Majlis SWHF diadakan setiap tahun sempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac.