Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PUB ambil tindakan ke atas kontraktor yang sebabkan banjir di Upper Thomson

Jan 17, 2017 | 03:54 PM



AGENSI air negara PUB akan mengambil tindakan terhadap kontraktor yang menjalankan kerja perparitan yang tidak diluluskan di Upper Thomson. Lencongan saliran tanpa kebenaran itu menyebabkan banjir Disember lalu menjejas perniagaan beribu dolar.



Siasatan PUB menunjukkan bahawa kontraktor itu, Sato Kogyo, telah membina satu lencongan longkang sementara di tapak binaan stesen MRT Upper Thomson. Kontraktor tersebut gagal memaklumkan PUB sebelum membina longkang itu, menurut PUB dalam satu kenyataan akhbar Selasa (17 Jan).



Upper Thomson Road dilanda banjir pada malam Krismas tahun lepas (2016) selepas hujan lebat. Longkang di tapak binaan stesen MRT Upper Thomson tersumbat mengakibatkan banjir kilat.



Kira-kira lapan perniagaan di situ terjejas, menurut laporan The New Paper.



Sebuah kedai makan mengalami kerugian kira-kira $15,000.



PUB berkata ia akan mengambil tindakan terhadap Sato Kogyo di bawah Akta Pembetungan dan Saliran, dan juga telah mengarahkan kontraktor itu menjalankan kerja-kerja pembaikan untuk meningkatkan saliran di kawasan itu.



"Kontraktor perlu mendapatkan kelulusan PUB dan memberitahu PUB sebelum menjalankan sebarang kerja yang menjejas sistem saliran dalam dan berhampiran tapak binaan bagi memastikan ia tidak menjejaskan fungsi sistem saliran awam," kata PUB dalam kenyataan itu.



"Mereka tidak boleh membina, mengubah, menghentikan atau menutup mana-mana longkang air tanpa kelulusan PUB. PUB memandang serius kerja-kerja tanpa kebenaran pada sistem saliran awam."



Kontraktor yang menjalankan kerja-kerja yang menjejas sistem perparitan awam boleh didenda sehingga $50,000, dan sehingga $20,000 bagi perubahan tanpa kebenaran pada sistem saliran awam. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >