PENGAT pisang, pengat durian, pulut panggang, otah-otah mini dan beriani adalah antara juadah lazat yang dijual di bazar Ramadan di Bussorah Street, belakang Masjid Sultan.
Berdasarkan tinjauan Berita Harian baru-baru ini, semakin ramai yang mengunjungi bazar Ramadan di Bussorah Street kerana kepelbagaian makanan yang dijual di situ.