PEMANDANGAN estet perumahan Punggol yang indah akan menjadi latar belakang Perdana Menteri Lee Hsien Loong sewaktu menyampaikan pesanan Hari Kebangsaan tahun ini.
Mendedahkan hal demikian dalam Facebooknya semalam, Encik Lee berkata beliau sentiasa mencari lokasi yang baik untuk merakam pesanan itu. Akhirnya, beliau memutuskan memilih Safra Punggol yang dibuka baru-baru ini.